Wednesday, August 26, 2026

Lawatan Pegawai Penilai Verifikasi MARA Ecosystem Quality Standard (MQS)

 











Nama Program: Lawatan Pegawai Penilai Verifikasi  MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) 

Tarikh: 30 Julai 2026 & 12-13 Ogos 2026

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute 


Penglibatan

Pegawai Verifikasi MQS: 

1. Pn Hazuin Akmar binti Mohd Yusof 

2. En Ainor Faiz bin Shuib

3. En Hafiz Zakwan bin Omar


Sinopsis:


TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menerima kunjungan Pegawai Penilai Verifikasi MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) bagi tujuan Audit Pensijilan MQS Kali Ke-4.


Lawatan verifikasi dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu bagi aspek Pengurusan Pendidikan (SPMa – Standard Pendidikan MARA) pada 30 Julai 2026 dan aspek Pengurusan Keselamatan pada 12–13 Ogos 2026.


Bagi aspek Pengurusan Pendidikan (SPMa), penilaian merangkumi lima Standard Amalan utama iaitu SA1 – Amalan Profesion Pendidik, SA2 – Pembangunan Profesion, SA3 – Pembangunan Pelajar, SA4 – Pengurusan & Kebajikan dan SA5 – Pengurusan Pusat Sumber.


Manakala bagi aspek Pengurusan Keselamatan, penilaian melibatkan Elemen 1 – Budaya Korporat, Elemen 2.1 – Persekitaran Kondusif (Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan), Elemen 2.2 – Persekitaran Kondusif (Keselamatan Perlindungan) serta Elemen 3 – Kreativiti & Inovasi.


Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses pembaharuan Pensijilan MQS bagi memastikan amalan pengurusan, pendidikan, keselamatan serta persekitaran kerja di TVETMARA MJII terus dilaksanakan secara berkualiti, selamat dan kondusif.


Secara keseluruhannya, audit MQS menunjukkan bahawa TVETMARA MJII telah melaksanakan keperluan yang ditetapkan dengan baik. Beberapa perkara yang dikenal pasti melalui sesi verifikasi turut diberi perhatian untuk tindakan penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan MQS di TVETMARA MJII terus diperkukuh secara berterusan.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Pegawai Penilai Verifikasi MQS, pihak pengurusan serta seluruh warga TVETMARA MJII atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung.

by sensei Haida

No comments:

Post a Comment