Saturday, August 8, 2026

Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah dari Jepun

 










1. Nama Aktiviti: Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah dari Jepun

2. Tarikh: 28 Julai 2026 & 3 Ogos 2026

3. Penglibatan:  Unit Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am &  5 orang pelajar ( 28 Julai 2026), 7 orang pelajar (3 Ogos 2025)

4. Sinopsis / Keterangan Aktiviti : 

Program ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas kejayaan program yang sama pada tahun lepas. Program ini diteruskan susulan maklum balas positif daripada pihak penganjur, Bambis Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Miss Mari, terhadap penglibatan dan komitmen pelajar MJII dalam program terdahulu.

Program ini melibatkan dua kumpulan pelajar dari Jepun, iaitu pelajar dari Toyodai Ushiku  High School, Ibaraki pada 28 Julai 2026 dan Tokyo Denki University Junior & Senior High School pada 3 Ogos 2026.


Dalam aktiviti ini, pelajar MJII bertindak sebagai pengiring dan pemudah cara kepada kumpulan pelajar Jepun dengan membawa mereka melawat bangunan dan menara utama di Kuala Lumpur, iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC), The Exchange 106 (TRX) dan Merdeka 118. Di setiap lokasi, pelajar Jepun diberikan tugasan untuk menemu bual orang awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan menara yang dilawati. Pelajar MJII turut membantu dan membimbing pelajar Jepun untuk berinteraksi serta berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dalam bahasa Inggeris.


Penglibatan dalam program ini memberikan pengalaman yang amat berharga kepada pelajar MJII untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam bahasa Jepun dalam situasi sebenar. Pihak Bambis Sdn. Bhd. turut memberikan maklum balas positif dan menyatakan kepuasan terhadap komitmen, kerjasama serta sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelajar MJII sepanjang program berlangsung. Berdasarkan kejayaan program ini, pihak penganjur turut menyatakan hasrat untuk meneruskan aktiviti ini pada masa akan datang.


Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan peluang kepada pelajar MJII untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa Jepun yang dipelajari dalam konteks sebenar, meningkatkan kemahiran komunikasi antara budaya, memperluas jaringan dengan masyarakat Jepun serta memperkenalkan budaya dan masyarakat Malaysia kepada pelajar Jepun.

by sensei FAzliani

No comments:

Post a Comment