Saturday, August 8, 2026

Bengkel Pembangunan Kurikulum Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor

 
























🚀 MENCETUS GELOMBANG TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTOR NEGARA: KURIKULUM BAHARU, BAKAT BAHARU, MASA DEPAN BAHARU! 🇲🇾


Bengkel Pembangunan Kurikulum Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor menjadi langkah strategik dalam melahirkan generasi teknousahawan berkemahiran tinggi dalam bidang semikonduktor terutamanya dalam penghasilan *litar bersepadu (IC) dan Printed Circuit Board (PCB) *, lengkap dengan ekosistem pendanaan bagi menyokong perjalanan peserta daripada kemahiran teknikal kepada pembentukan perniagaan.


Lebih signifikan, *10 peserta perintis berserta bidang pengkhususan telah dikenal pasti*, menandakan bermulanya langkah awal membina bakat teknousahawan yang mampu menyumbang kepada pengukuhan ekosistem semikonduktor negara. Bengkel kurikulum telah diadakan di :


📍 Park Inn by Radisson Putrajaya

📅 4–6 Ogos 2026


Kolaborasi strategik melibatkan *CREST, UniKL BMI, TVETMARA SP, TVETMARA AS, MJII dan BKT* — menyatukan kepakaran industri, akademia dan TVET dalam satu aspirasi:


*Daripada Kemahiran → Teknologi → Keusahawanan → Industri.*


⚡ Bukan sekadar melahirkan tenaga mahir. Kita membina pencipta teknologi dan pemilik perniagaan masa hadapan.


FROM TALENT TO TECHNOPRENEUR: Membina Generasi Peneraju Industri Semikonduktor Negara”**.

by sensei Huda

No comments:

Post a Comment