Sunday, August 30, 2026

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop Siri 2/2026

 










🤖Nama Program: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop Siri 2/2026


Anjuran : MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies


Tarikh: 25hb Ogos 2026, Selasa

Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat NARA, MJII

Penglibatan : 10 orang


Ringkasan :

Bengkel Aplikasi Artificial Intelligent (AI) dengan menggunakan ESP32 siri 2 telah dianjurkan oleh Jabatan DKS dengan kerjasama MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies.

Bengkel ini adalah satu usaha untukmenerapkan ilmu AI dan IoT kepada peserta-peserta secara hands-on.

Bengkel aplikasi ESP32 disampaikan oleh En. Nursyafiq dari Syafiq Technologies. 

Peserta berjaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengintegrasikan Artificial Intelligence dengan platform ESP32 bagi menghasilkan sistem elektronik pintar. Aktiviti hands-on turut meningkatkan keupayaan pelajar dalam pengaturcaraan, integrasi sensor, pembangunan prototaip serta penyelesaian masalah secara praktikal.


Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) DKS – Artificial Intelligence and ESP32 Integration Workshop menyokong beberapa matlamat Sustainable Development Goals (SDG), khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran, pendidikan berkualiti dan inovasi teknologi. 


Antara SDG yang terkait ialah :-


SDG 4 – Quality Education

Workshop PSH ini memberi peluang kepada pelajar membangunkan kemahiran baharu dalam AI, IoT, programming dan embedded system melalui pembelajaran hands-on.

SDG 9 – Industry, Innovation and Infrastructure

Pelajar bukan sekadar belajar teori tetapi menghasilkan prototaip dan penyelesaian berasaskan teknologi.

SDG 8 – Decent Work and Economic Growth

Bengkel ini menyediakan future-ready skills dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang teknologi, automasi dan industri 4.0.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan teknikal peserta, malah membentuk kemahiran future-ready melalui gabungan AI, IoT, programming dan embedded technology. Pendekatan ini menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran, inovatif dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.

by Siti Zaleha Sensei

No comments:

Post a Comment