Tuesday, September 23, 2025

Sukan Teknikal MARA kali ke-11 (STEKMA XI 2025), Beseri Perlis

 















1. Nama Program : Sukan Teknikal MARA kali ke-11 (STEKMA XI 2025)

2. Tarikh: 15-18 September 2025

3. Tempat: IKM Beseri, Perlis

4. Sinopsis

STEKMA XI telah berlangsung di IKM Beseri  pada 15-18 September 2025. Acara yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan usaha dan pencapaian gemilang semua kontijen berjuang berhabis-habisan untuk membawa pulang piala kemenangan. Bertemakan semangat kesukanan, disiplin dan kebersamaan, STEKMA XI menjadi wadah mengeratkan ukhuwah warga kerja MARA selain membudayakan gaya hidup sihat.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Sepak Takraw, Badminton, Dart, Petanque, Ping Pong, Tarik Tali, Karom, Memancing, Bowling dan TVET Run.

Tahniah dan syabas kepada semua 52 atlet yang mewakili MJII  kerana telah berusaha dengan  semangat juang dan kesukanan yang tinggi walaupun beberapa atlet telah mengalami kecederaan semasa tempoh latihan sebelum sukan tersebut. 

Tahniah buat kontinjen MJII  yang berjaya merangkul pingat emas untuk acara Dart yang telah dirampas dari juara bertahan IKM Jasin. Acara tersebut telah diwakili oleh En Mohamed Fahami bin Sulaiman, Pn Norhaida bt Mustafa, En Faizal Fikry bin Rosnizam, Pn Noor Nadiah bt Mohd Azali, En Shaifuddin bin Jamalus, Pn Nor Azean bt Zulkifli, En. Syaban bin Shamsulkamar dan En Mohd Saiful Rieza bin Zainal. 

Sokongan hebat juga dari  pihak pengurusan MJII yang juga atlet MJII, Tn Hj Rusli bin Abd Rahman (Pengarah MJII) , Pn Noor Hakima (TPKPHP) dan En. Nizam bin Ali (TPHEA).

Kejohanan sukan ini memberi peluang kepada semua kakitangan untuk bersatu dalam semangat persaingan yang sihat , memperkukuhkan hubungan profesionalism dan menjadi platform untuk amalan kesihatan dan kecergasan dikalangan kakitangan MJII.

Majlis penutup tirai STEKMA XI, diakhiri dengan pengumuman MJII sbg tuan rumah STEKMA XII 2027. 

Semoga  semua  kakitangan MJII bersedia mengorak langkah dan berusaha untuk kejohanan seterusnya yang akan diadakan di MJII sendiri mewakili Zon Tengah,  pada tahun 2027.

by Sensei Sajidah

No comments:

Post a Comment