Friday, September 26, 2025

DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenges

 










1.Nama aktiviti: DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenges

2.Tarikh :  26 September 2025 (Jumaat)

3.Tempat: Yokohama Hall, MJII

4.Penglibatan : Semua pelajar dan pensyarah Jabatan Transmisi Data & Rangkaian

5.Sinopsis:

Program DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenge telah berlangsung pada Jumaat, 26 September 2025 bertempat di Yokohama Hall, MJII. Program ini menampilkan dua orang alumni Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) (DKR) yang telah bergraduat pada 2021, iaitu Muhammad Hanif bin Hasnan (Project Engineer) daripada Technet Computing Sdn. Bhd. dan Muhammad Akmal Syazwan bin Yazid (Project Management Office) yang kini berkhidmat bersama Nexagate Sdn. Bhd. .

Latar Belakang & Perjalanan Kerjaya

Kedua-dua penceramah berkongsi kisah awal perjalanan kerjaya mereka sebaik sahaja tamat pengajian di MJII. Mereka menekankan bagaimana asas teknikal yang dipelajari dalam DKR memberi kelebihan ketika memohon kerja pertama, di samping sikap proaktif mencari peluang latihan industri dan membina jaringan (networking). Kedua-duanya menekankan pentingnya untuk mendapatkan pengalaman kerja di industri sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dengan kelayakan diploma sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah disebabkan dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.

Bidang Tugas & Cabaran Kerja

Sebagai Project Engineer, En. Muhammad Hanif berkongsi tanggungjawab utama beliau termasuk merekabentuk penyelesaian rangkaian, penyeliaan projek pemasangan, troubleshooting sistem, dan memastikan projek disiapkan mengikut spesifikasi serta timeline. Antara cabaran utama ialah pengurusan masa, komunikasi dengan pelbagai pihak berkepentingan, serta keperluan sentiasa update dengan teknologi terkini.

Manakala En. Muhammad Akmal Syazwan dari Project Management Office (PMO) menerangkan peranan beliau dalam memastikan projek berjalan lancar melalui aspek perancangan, dokumentasi, pemantauan kemajuan, kawalan kos, dan koordinasi antara pasukan teknikal serta klien. Beliau menekankan cabaran dalam mengimbangi expectation pelanggan dengan kekangan bajet dan sumber.

Nilai & Kemahiran Yang dicari Industri

Kedua-dua penceramah menekankan bahawa industri kini bukan sahaja mencari graduan dengan pengetahuan teknikal, tetapi juga kemahiran insaniah (soft skills) seperti:

Komunikasi berkesan – keupayaan menjelaskan isu teknikal dalam bahasa mudah.

Teamwork & kepimpinan – bekerja dalam pasukan yang pelbagai latar belakang.

Problem-solving & critical thinking – berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah sebenar.

Adaptability – cepat belajar teknologi baru dan fleksibel dengan perubahan.

Kesimpulan

Program ini memberi inspirasi kepada pelajar DKR untuk melihat potensi kerjaya dalam bidang kejuruteraan rangkaian dan pengurusan projek. Melalui perkongsian alumni, peserta dapat memahami realiti industri, cabaran sebenar serta kemahiran yang perlu dipersiapkan untuk menjadi bakat yang relevan dan kompetitif pada masa hadapan.

by Kj azhar

No comments:

Post a Comment