Nama Aktiviti : Rakaman Rancangan Lisanul Haq terbitan JAKIM melalui Bahagian Penyiaran dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Tarikh : 09 September 2025
Tempat : Sukiba Area, MJII, Beranang
Penglibatan : Kru RTM, JAKIM, JK Media dan Penerbitan, Penyelaras MPP, Kaunselor dan 24 orang pelajar MJII
Sinopsis / Keterangan Aktiviti :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyiaran dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang menerbitkan rancangan Lisanul Haq yang bersiaran secara mingguan pada pukul 12.30 tengah hari setiap Jumaat melalui saluran TV 1 dan telah memilih MJII Beranang sebagai lokasi rakaman. Seramai 24 orang pelajar telah terlibat dan dibahagi kepada 3 kumpulan mewakili 3 episod berasingan. Selain itu, penceramah selebriti iaitu Ustaz Idrus juga telah dijemput dan diserikan juga dengan persembahan buskers. Rancangan Lisanul Haq di RTM 1 merupakan sebuah program dakwah dan tazkirah yang mengetengahkan pelbagai kupasan tajuk berkaitan kehidupan, akhlak, dan nilai-nilai Islam. Di harapkan agar para pelajar mendapat input positif setiap tazkirah yang dikongsikan serta sedikit sebanyak membuka ruang kepada pelajar mengetahui proses rakaman dilaksanakan secara di balik tabir.
by Ila sensei
No comments:
Post a Comment