Nama Aktiviti: Sesi Demonstrasi Alat Fiber Optic Technology – Kabex @ MJII
Tarikh: 9 September 2025
Tempat: Lab Fiber Optic, Jabatan Data Transmission & Network
Penglibatan: Pensyarah Jabatan Data Transmission & Network
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
Pada 9 September 2025, Jabatan Data Transmission & Network, MJII telah menganjurkan satu sesi demonstrasi alatan teknologi terkini dalam bidang Fiber Optic Technology bersama pihak industri iaitu Kumpulan Abex Sdn. Bhd. (Kabex).
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif awal ke arah pewujudan Industry Centre of Excellence (ICOE) di MJII, yang berperanan sebagai platform kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri dalam memperkasa bidang fiber optic transmission, installation, testing serta maintenance.
Pihak Kabex telah membentangkan serta memperlihatkan demonstrasi praktikal alatan terkini yang digunakan dalam pasaran industri fiber optic, termasuk peralatan pengukuran, penyambungan (splicing), serta sistem pemantauan rangkaian. Melalui sesi ini, para pensyarah dan pelajar berpeluang melihat sendiri perkembangan teknologi semasa serta mendapatkan gambaran realiti keperluan industri.
Program ini turut memberi nilai tambah dari aspek kajian pasaran (market study), bagi mengenalpasti keperluan sebenar industri sekaligus menyokong hala tuju penubuhan ICOE Fiber Optic Technology Excellent Centre (FOTEC) di MJII sebagai pusat rujukan dan latihan khusus dalam teknologi fiber optic di Malaysia.
by Azhar sensei


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment