1.Nama aktiviti: Lawatan Akademik Jabatan Data Transmission & Network ke Digital Nasional Berhad-My5G Portal
2.Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
3.Tempat: Digital Nasional Berhad (DNB), Kuala Lumpur
4.Penglibatan : Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik MJII, Ketua Jabatan DKR, wakil dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal, 8 orang pensyarah DKR dan 37 orang pelajar Semester 5 DKR
5.Sinopsis:
Program lawatan akademik ini telah dianjurkan oleh Jabatan Data Transmission & Network, MJII, melibatkan seramai 9 orang pensyarah, 37 orang pelajar Semester 5 dari kelas Erai dan Kinben, serta 3 orang pegawai Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT). Lawatan ini telah berlangsung di Digital Nasional Berhad (DNB) dengan kerjasama pihak Ericsson, bertempat di My5G Portal, TRX Kuala Lumpur.
Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat menyeluruh mengenai pembangunan dan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, termasuk strategi liputan nasional, kelebihan teknologi 5G berbanding 4G, serta peranan DNB dalam memastikan penyelarasan infrastruktur digital negara.
Seterusnya, peserta berpeluang menyaksikan demo teknikal dan penerokaan aplikasi-aplikasi 5G yang dipamerkan di My5G Portal, antaranya:
1. Smart City Solutions – paparan penggunaan IoT berasaskan 5G untuk pengurusan trafik, lampu jalan pintar, keselamatan awam dan pemantauan alam sekitar.
2. Immersive AR/VR & Hologram – pengalaman pembelajaran interaktif, hiburan dan kolaborasi jarak jauh menggunakan teknologi augmented reality dan virtual reality berasaskan kepantasan serta low latency 5G.
3. Smart Healthcare – demonstrasi tele-perubatan, pembedahan jarak jauh (remote surgery) serta pemantauan pesakit secara masa nyata.
4. Smart Manufacturing & Industry 4.0 – penggunaan automation, robotik dan predictive maintenance yang disokong oleh kestabilan rangkaian 5G.
5. 5G Drone Applications – kawalan dron untuk pemetaan, penghantaran serta misi kecemasan dengan capaian rangkaian ultra-pantas.
6. Cloud Gaming & Immersive Entertainment – pengalaman permainan video berasaskan cloud tanpa kelewatan (lag-free) serta kandungan hiburan interaktif.
Lawatan ini telah memberikan pendedahan langsung kepada pelajar dan pensyarah tentang potensi serta aplikasi dunia sebenar 5G, di samping meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan teknologi komunikasi global. Program ini juga mengukuhkan hubungan strategik antara pihak industri dan institusi TVET dalam melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi era transformasi digital.
by sensei Hajar
No comments:
Post a Comment