Nama Aktiviti: Persembahan Taiko Drum & Sukarelawan untuk ALEPS Ekiden Half Marathon 2025
Tarikh: 7 September 2025
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Penglibatan: Kumpulan Taiko Drum MJII, Penasihat & 4 orang ahli Kelab Bahasa Jepun
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
ALEPS Ekiden Half Marathon 2025 merupakan acara larian separuh marathon yang dianjurkan oleh ALEPS (Alumni Look East Policy) dengan sokongan Kedutaan Jepun, KAJIMA Malaysia, MSIG, Japan Foundation, AEON Malaysia, EON, dan Tourism Selangor. Acara ini berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
Format larian mengekalkan tradisi Jepun iaitu ekiden, di mana setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pelari yang bergilir-gilir membawa tasuki (sash tradisional Jepun) sejauh 21km sehingga ke garisan penamat.
Seramai 4 orang ahli Kelab Bahasa Jepun MJII turut serta sebagai sukarelawan dalam acara ini. Mereka membantu mengendalikan booth jualan serta permainan yang disediakan ALEPS, selain ada yang ditugaskan menjaga kawasan parkir dan aliran lalu lintas.
Selain itu, Kumpulan Taiko Drum MJII turut dijemput bagi memeriahkan acara. Persembahan taiko telah diadakan semasa pelepasan peserta larian ekiden pada jam 5.00 pagi, diikuti pelepasan peserta fun run pada jam 7.30 pagi. Seterusnya, mereka turut membuat persembahan di pentas utama bersama-sama dengan persembahan lain seperti tarian Soran Bushi, Yosakoi Dance, dan tarian tradisional Melayu.
Acara yang unik ini bukan sahaja meraikan semangat kesukanan, malah turut mengangkat nilai budaya serta persahabatan antara Malaysia dan Jepun. Penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dan juga dalam persembahan telah berjaya memperkenalkan MJII kepada masyarakat serta mengukuhkan imej institusi dalam kegiatan berteraskan budaya dan komuniti.
by Fazliani sensei
No comments:
Post a Comment