Tuesday, September 30, 2025

Gotong Royong MJII sempena Hari Cuci Malaysia 2025

 







Nama Aktiviti : Gotong Royong MJII sempena Hari Cuci Malaysia 2025

Tarikh : 27 September 2025 (Sabtu)

Tempat : Perkarangan Asrama MJII Beranang

Penglibatan : Semua pelajar MJII dan wargakerja MJII

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Hari Cuci Malaysia 2025 merupakan inisiatif tahunan yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan penyertaan pelbagai pihak dari sektor awam, swasta, dan komuniti setempat yang disambut pada Sabtu terakhir pada bulan September. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dan komuniti di setiap 

peringkat mengenai kepentingan dan tanggungjawab terhadap 

kebersihan awam. Selaras dengan itu, para pelajar serta wargakerja MJII yang berkelapangan telah melaksanakan gotong royong membersihkan asrama serta kawasan sekitar dengan kerjasama para pekerja pembersihan. Semoga program ini dapat memberi impak positif dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan kawasan MJII.

by sensei NOrilawati

Friday, September 26, 2025

Pelepasan Pelajar MJII ke Liuzhou, Guangxi, China bagi Program Latihan Kemahiran Industri - East Coast Rail Link (PLKI-ECRL)

 







Nama Aktiviti: Pelepasan Pelajar MJII ke Liuzhou, Guangxi, China bagi Program Latihan Kemahiran Industri - East Coast Rail Link (PLKI-ECRL)

Tarikh: 23 & 24 September 2025

Masa: 7.00 pagi (23 Sep)& 1.00 petang (24 Sep)

Tempat: KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor.

Anjuran : Kerjasama MARA-MRL (Malaysia Rail Link Sdn. Bhd)

Penglibatan  : 


7 orang pelajar MJII

Azwan Bin Ramli (Program DKS)

Haziq Safuan Bin Mohd Adha (Program DKR)

Yuzman Hafizan Bin Md Yazid (Program DKR)

Mohamad Sahrul Bin Che Musa (Program DKS)

Andrea Andsie Andy Alimjin (Program DKS)

Hani Amir Hafizi Bin Abdulghani (Program DKS)

Muhammad Hadif Firdaus Bin Fikeri(Program DKS)

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:


MARA-Japan industrial Institute (MJII) berbangga dengan 7 Orang pelajar MJII yang telah berjaya terpilih bagi menyertai program Program Latihan Kemahiran Industri - East Coast Rail Link (PLKI-ECRL) anjuran bersama Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL). Objektif program ini adalah bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan yang bakal menyertai dan mendokong pembangunan industri rel negara. 


Program yang disertai oleh pelajar-pelajar daripada 7 buah pusat IPMA iaitu MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau, Institut Kemahiran MARA (IKM) Beseri, Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani serta institut kemahiran lain seperti Universiti Kuala Lumpur, Politeknik dan lain-lain institut. 


Program tersebut akan berlansung selama setahun bermula daripada September 2025 sehingga Ogos 2026 bertempat di Liuzhou Railway Vocational Technical College LRVTC, Liuzhou, Guangxi, China. Peserta dibahagikan kepada 3 pengkhususan iaitu diploma isyarat kawalan automatik kereta api, diploma operasi dan penyelengaraan lokomotif dan diploma teknologi bekalan kuasa kereta api. Setelah tamat program satu tahun, peserta akan menjalani latihan praktikal sebenar selama 2 bulan dan seterusnya diserap masuk sebagai kakitangan tetap di bawah Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang dijangka akan mula beroperasi secara komersial Januari 2027.

by sensei Najwan

DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenges

 










1.Nama aktiviti: DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenges

2.Tarikh :  26 September 2025 (Jumaat)

3.Tempat: Yokohama Hall, MJII

4.Penglibatan : Semua pelajar dan pensyarah Jabatan Transmisi Data & Rangkaian

5.Sinopsis:

Program DKR Industrial Talk 2025 - Engineering Your Future: Career Pathways and Real World Challenge telah berlangsung pada Jumaat, 26 September 2025 bertempat di Yokohama Hall, MJII. Program ini menampilkan dua orang alumni Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) (DKR) yang telah bergraduat pada 2021, iaitu Muhammad Hanif bin Hasnan (Project Engineer) daripada Technet Computing Sdn. Bhd. dan Muhammad Akmal Syazwan bin Yazid (Project Management Office) yang kini berkhidmat bersama Nexagate Sdn. Bhd. .

Latar Belakang & Perjalanan Kerjaya

Kedua-dua penceramah berkongsi kisah awal perjalanan kerjaya mereka sebaik sahaja tamat pengajian di MJII. Mereka menekankan bagaimana asas teknikal yang dipelajari dalam DKR memberi kelebihan ketika memohon kerja pertama, di samping sikap proaktif mencari peluang latihan industri dan membina jaringan (networking). Kedua-duanya menekankan pentingnya untuk mendapatkan pengalaman kerja di industri sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dengan kelayakan diploma sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah disebabkan dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.

Bidang Tugas & Cabaran Kerja

Sebagai Project Engineer, En. Muhammad Hanif berkongsi tanggungjawab utama beliau termasuk merekabentuk penyelesaian rangkaian, penyeliaan projek pemasangan, troubleshooting sistem, dan memastikan projek disiapkan mengikut spesifikasi serta timeline. Antara cabaran utama ialah pengurusan masa, komunikasi dengan pelbagai pihak berkepentingan, serta keperluan sentiasa update dengan teknologi terkini.

Manakala En. Muhammad Akmal Syazwan dari Project Management Office (PMO) menerangkan peranan beliau dalam memastikan projek berjalan lancar melalui aspek perancangan, dokumentasi, pemantauan kemajuan, kawalan kos, dan koordinasi antara pasukan teknikal serta klien. Beliau menekankan cabaran dalam mengimbangi expectation pelanggan dengan kekangan bajet dan sumber.

Nilai & Kemahiran Yang dicari Industri

Kedua-dua penceramah menekankan bahawa industri kini bukan sahaja mencari graduan dengan pengetahuan teknikal, tetapi juga kemahiran insaniah (soft skills) seperti:

Komunikasi berkesan – keupayaan menjelaskan isu teknikal dalam bahasa mudah.

Teamwork & kepimpinan – bekerja dalam pasukan yang pelbagai latar belakang.

Problem-solving & critical thinking – berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan masalah sebenar.

Adaptability – cepat belajar teknologi baru dan fleksibel dengan perubahan.

Kesimpulan

Program ini memberi inspirasi kepada pelajar DKR untuk melihat potensi kerjaya dalam bidang kejuruteraan rangkaian dan pengurusan projek. Melalui perkongsian alumni, peserta dapat memahami realiti industri, cabaran sebenar serta kemahiran yang perlu dipersiapkan untuk menjadi bakat yang relevan dan kompetitif pada masa hadapan.

by Kj azhar

Thursday, September 25, 2025

MJII... sesi temubual TVET Mara di RTM...

 


Rabu, 24 Sept 2025... sesi temubual TVET Mara di RTM...

Lawatan Akademik Jabatan Data Transmission & Network ke Digital Nasional Berhad-My5G Portal

 











1.Nama aktiviti: Lawatan Akademik Jabatan Data Transmission & Network ke Digital Nasional Berhad-My5G Portal

2.Tarikh :  25 September 2025 (Khamis)

3.Tempat: Digital Nasional Berhad (DNB), Kuala Lumpur

4.Penglibatan : Timbalan Pengarah Hal-Ehwal Akademik MJII, Ketua Jabatan DKR, wakil dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal,  8 orang pensyarah DKR dan 37 orang pelajar Semester 5 DKR

5.Sinopsis:


Program lawatan akademik ini telah dianjurkan oleh Jabatan Data Transmission & Network, MJII, melibatkan seramai 9 orang pensyarah, 37 orang pelajar Semester 5 dari kelas Erai dan Kinben, serta 3 orang pegawai Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT). Lawatan ini telah berlangsung di Digital Nasional Berhad (DNB) dengan kerjasama pihak Ericsson, bertempat di My5G Portal, TRX Kuala Lumpur.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat menyeluruh mengenai pembangunan dan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, termasuk strategi liputan nasional, kelebihan teknologi 5G berbanding 4G, serta peranan DNB dalam memastikan penyelarasan infrastruktur digital negara.

Seterusnya, peserta berpeluang menyaksikan demo teknikal dan penerokaan aplikasi-aplikasi 5G yang dipamerkan di My5G Portal, antaranya:

1. Smart City Solutions – paparan penggunaan IoT berasaskan 5G untuk pengurusan trafik, lampu jalan pintar, keselamatan awam dan pemantauan alam sekitar.

2. Immersive AR/VR & Hologram – pengalaman pembelajaran interaktif, hiburan dan kolaborasi jarak jauh menggunakan teknologi augmented reality dan virtual reality berasaskan kepantasan serta low latency 5G.

3. Smart Healthcare – demonstrasi tele-perubatan, pembedahan jarak jauh (remote surgery) serta pemantauan pesakit secara masa nyata.

4. Smart Manufacturing & Industry 4.0 – penggunaan automation, robotik dan predictive maintenance yang disokong oleh kestabilan rangkaian 5G.

5. 5G Drone Applications – kawalan dron untuk pemetaan, penghantaran serta misi kecemasan dengan capaian rangkaian ultra-pantas.

6. Cloud Gaming & Immersive Entertainment – pengalaman permainan video berasaskan cloud tanpa kelewatan (lag-free) serta kandungan hiburan interaktif.

Lawatan ini telah memberikan pendedahan langsung kepada pelajar dan pensyarah tentang potensi serta aplikasi dunia sebenar 5G, di samping meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan teknologi komunikasi global. Program ini juga mengukuhkan hubungan strategik antara pihak industri dan institusi TVET dalam melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi era transformasi digital.

by sensei Hajar

Program CSR Di Karnival Bandar Maharani Bandar Diraja : Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Muar Tahun 2025

 







Nama Aktiviti : Program CSR Di Karnival Bandar Maharani Bandar Diraja : Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Muar Tahun 2025

Tarikh : 20 dan 21 September 2025 (Sabtu dan Ahad)

Tempat : Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC), Muar, Johor 

Penglibatan : Guru pengiring dan 10 orang pelajar MJII

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Karnival Bandar Maharani Bandar DiRaja 2025 (#KBMBD2025) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) sempena Hari Bertemu Pelanggan, bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti menarik dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Seramai 10 orang pelajar MJII dijemput sebagai sukarelawan bagi membantu melancarkan program ini selain daripada sukarelawan lain dari seluruh Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti Pekan Pagi & Pasar Komuniti, Booth Pameran Agensi & Jabatan Kerajaan, Khidmat Kaunter Bergerak MPM, Pertandingan & Sukaneka Komuniti, Persembahan Kebudayaan & Hiburan Pentas, Gerai Makanan & Produk Tempatan dan bermacam lagi.

Penyertaan pelajar dalam program ini dapat memberi impak positif dengan pendedahan kepada aktiviti komuniti berskala besar, meningkatkan komunikasi serta kepimpinan dan memberi nilai tambah dalam pembangunan sahsiah pelajar.

by sensei Norilawati


HLYMA Artpiece Contest and Educational Programme

 











1. Nama Program : HLYMA Artpiece Contest and Educational Programme

2. Tarikh: 13-14 September 2025

3. Tempat: Kompleks Hong Leong Yamaha Sg Buloh dan Sepang International Circuit 

4. Penganjur: Hong Leong Yamaha Sdn Bhd

5. Penglibatan: 3 staf dan 6 pelajar dari Kelab MJII Go Green

6. Sinopsis: 

MJII telah menyertai program untuk merekabentuk barangan seni (artpiece) daripada komponen motorsikal terpakai selari dengan tujuan utama untuk menyerlahkan kreativiti peserta selain meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan keselamatan jalan raya.


Kelab MJII Go Green telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan ini melalui projek EcoDrain Portable yang mengetengahkan idea sebuah rak yang dapat memudahkan penyimpanan peralatan tangan, minyak enjin dalam tin dan tong simpanan minyak enjin terpakai dalam satu tempat. Rak ini mudah untuk digerakkan dan dapat membantu pekerja bengkel menyelesaikan kerja-kerja baikpulih serta penyelenggaraan motorsikal.


Setelah selesai sesi pembentangan projek, semua peserta dibawa masuk ke muzium motorsikal "Space Y", sudut-sudut pameran, kedai merchandise, pusat latihan META (Motorcycle Education and Training Academy serta sesi taklimat dan perkongsian YSRS (Yamaha Self Riding Science).


Pada hari kedua peserta dibawa untuk menonton perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi di litar sepang dari Grand Stand dan diberikan peluang melawat ke pit stop dan beberapa tempat lain.

by sensei Alifudin

Wednesday, September 24, 2025

Meraikan Pelajar Menyambung Pelajaran di Jepun 2025

 







Nama Program : Meraikan Pelajar Menyambung Pelajaran di Jepun

Tarikh : 23 September 2025

Tempat : KLIA

SINOPSIS PROGRAM


MARA-Japan industrial Institute (MJII) berbesar hati meraikan kejayaan seorang pelajar daripada Jabatan Robotik & Automasi, Saudara Aqil Marzuki, yang telah berjaya mendapat Biasiswa MEXT (Monbukagakusho Scholarship) untuk menyambung pelajaran di Okayama University, Jepun.

Biasiswa MEXT merupakan salah satu biasiswa paling berprestij di dunia yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) kepada pelajar antarabangsa. Skop tajaan meliputi yuran penuh pengajian, elaun sara hidup bulanan, tiket penerbangan pergi-balik, serta kemudahan penginapan.

Pemilihan biasiswa ini sangat kompetitif, melalui proses peperiksaan bertulis serta temuduga yang diuruskan oleh Kedutaan Jepun. Ia memberi peluang bukan sahaja untuk melanjutkan pengajian, malah memperkayakan pengalaman budaya dan kehidupan di Jepun.

Saudara Aqil Marzuki berhasrat untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD di Okayama University.

Turut hadir meraikan keberangkatan beliau ke Jepun ialah:

Sensei Khairil Helmi & Jaaris

Pelajar Syafiq, Akmal, dan Firdaus daripada Kelas Sakurai.

Tahniah kepada Saudara Aqil Marzuki (HITACHI)

by Jaa sensei