Berkongsi keseronokkan mengajar subjek Micro Controller and Embedded System...
Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Monday, August 23, 2010
Friday, August 13, 2010
KTMB...Penubuhan Koperasi KKTMB
13hb Ogos 2010, KKTMB menempa satu lagi sejarah dengan Penubuhan Koperasi Kolej Kemhiran Tinggi MARA Beranang.
Mesyuarat penubuhan diadakan pada jam 8.00 pagi dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah KP&HEP, Timbalan Pengarah HEA, pensyarah dan pelajar KKTMB di dewan theaterrate 4.
Dalam ucaptama Tuan Hj Wan Sabri bin Wan Ismail sebagai pengarah dan penaung Koperasi KKTMB, beliau menyentuh kepentingan kewujudan koperasi ini iaitu sebagai penaja kepada akiviti serta program-program kolej, penaja kepada pelajar-pelajar cemerlang KKTMB dan kebanyakkan masanya ialah memulangkan keuntungan koperasi kepada ahli-ahlinya iaitu warga KKTMB sendiri.
Beliau juga menyebut beberapa faktor kejayaan sesebuah koperasi iaitu faktor kepimpinan koperasi sebagai yang pertama. Jika mereka bersungguh-sungguh dan dengan penglibatan semua warga KKTMB maka akan memberi kejayaan kepada koperasi.
Faktor yangkedua ialah menghasilkan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan kepada koperasi dengan agresif seperti membuat mini koperasi, dobi, pengurusan dewan makan, pengurusan kafeteria dan pelbagai lagi.
Faktor yang ketiga ialah jaringan perniagaan yang luas. Ahli pengurusan koperasi mestilah mempunyai jaringan yang luas dan mantap kerana sesebuah koperasi itu tidak akan dapat bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dan ada ketikanya ianya yang memberikan bantuan.
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang...Omedetou Gozaimasu...
Wednesday, August 11, 2010
KKTMB...Kad Pelajar...
Mulai minggu ini, semua pelajar KKTM Beranang akan menggunakan kad pelajar yang baru.
Sedikit maklumat penting yang perlu diingati :
1. Kad metrik ini hendaklah dipakai setiap masa semasa berada di dalam kawasan kolej.
2. Kad ini hendaklah ditunjukkan apabila dikehendaki oleh pegawai yang berkuasa yang bertugas.
3. Kehilangan kad ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada pejabat yang mengeluarkannya.
Wednesday, July 28, 2010
KKTMB...Pusat Pemilihan MARA
28hb Julai 2010, seramai 200 orang pegawai MARA gred 44 dan 48 dari seluruh Malaysia berkumpul di KKTM Beranang untuk menghadiri Assessment MARA.
Ianya adalah salah satu program kendalian Bahagian Sumber Manusia MARA. Program ini adalah untuk pemilihan kenaikan pangkat dari gred 44 kepada gred 48 dan dari gred 48 kepada gred 52.
Kepada semua tetamu, semoga dapat manjalani program ini dengan selesa, Selamat Datang dan Selamat Berkursus.
Friday, July 23, 2010
KKTMB...Menawan Bukit Broga
22hb Julai 2010, Ahli Persatuan Aikido KKTM Beranang seramai 21 orang telah berjaya menawan Bukit Broga.
Ekspedisi diketuai oleh Zaid sensei dan Norhafiza sensei. Rombongan mula menaiki bukit jam 2.30 petang dan sampai di puncak jam 3.15 petang.
Di dalam ekspedisi ini, ahli-ahli nampaknya sungguh bersemangat dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. Di sini juga dapat diperhatikan kesungguhan, keazaman dan nilai-nilai kerja berpasukan.
Tahniah kepada Ahli-ahli Aikido KKTM Beranang kerana berjaya menawan puncak Bukit Broga dan diharapkan selepas ini mereka akan menawan gunung-gunung pula. Omedetou gozaimashita.
Layari youtube : search for : KKTM Beranang, mjii, aikido KKTM Beranang untuk video pengembaraan tersebut.
Monday, July 12, 2010
KKTMB...Melawat Ubaidullah sensei
11hb Julai 2010, Ustaz Abdusamad, Yuraimi Yakimin Sensei dan Ja'aris Sensei telah meluangkan masa melawat Ubaidullah sensei di Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM).
Beliau berada di wad untuk menjalani pembedahan merawat mata kirinya. Turut berada di sisi beliau ialah isteri beliau.
Didoakan mata beliau akan segera sembuh dan cepat kembali bertugas.
Friday, July 9, 2010
KKTMB...Melawat Azmin Sensei...
8hb Julai 2010, Azmin sensei telah seminggu dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang akibat jangkitan kuman.
Beberapa orang kakitangan telah menziarahi beliau sepanjang beliau berada di wad tersebut.
Hari ini, kami sempat menziarahi beliau yang terdiri oleh Ahmado sensei, Anas, Zaid, Ja'aris dan Halimaton sensei. Turut datang menziarahi ialah Rosnani sensei, Ismail, Suhana, Hamimi dan Norizam sensei.
Kepada Azmin sensei...odaijini...semoga cepat sembuh, anak - anak mu ramai yang menanti kepulangan mu...
Monday, July 5, 2010
Saturday, July 3, 2010
KKTMB...Majlis Perpisahan Pensyarah
02hb Julai 2010, satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang akan berpindah dari KKTM Beranang telah diadakan.
4 orang pensyarah yang akan berpindah ialah Saipul Asmin Tumin sensei yang akan berpindah ke KKTM Kuantan, Zakinah sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang (sementara di MARA KL), Khairul Anuar sensei akan berpindah ke KKTM Masjid Tanah dan Rasudden sensei yang akan berpindah ke KKTM Ledang. Seorang lagi kakitangan yang berpindah ialah Pn. Norbashirah (kerani HEP) yang berpindah ke MARA KL.
Pepindahan semua sensei tersebut adalah atas dasar kenaikan pangkat iaitu Ketua Kursus di tempat masing-masing. Kepada mereka semua, ganbatte kudasai ne.
Majlis turut diserikan lagi dengan jamuan nasi beriyani yang ditaja oleh rakan-rakan sekerja yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2009 iaitu Pn. Norsuzana, Pn Siti Hawa, Pn. Wan Faridah, En. Azmin, En. Khairul Anuar, En. Rasaudden dan Tn. Hj. Nuriman. En. Ab Alias dan En. Saipul juga turut menyumbang untuk memeriahkan lagi jamuan tersebut. Terima kasih daun keladi...
Sedih dan sayu untuk berpisah dengan rakan-rakan sekerja, terutama bila teringat kenangan bersama-sama di Jepun dahulu. Patah tumbuh hilang berganti..
Kalau rindu pada kami di KKTMB @ MJII ini...jenguk-jenguklah laman blog ini.
Selamat berjaya...
Saturday, June 5, 2010
KKTMB...Taklimat MQA siri 3.
Jumaat, 4 Jun 2010 bertempat di dewan theateratte IV, pihak pembekal teknologi KKTMB telah mengadakan sesi ke tiga taklimat proses pengakreditasi MQA.
Semua pensyarah dan unit pentadbiran adalah diwajibkan hadir. Taklimat disampaikan oleh Pn. Nadrahtul Naim dan En. Abdullah Umai dari AISB Sdn Bhd. Taklimat mencakupi perkara MQA, MQF, MQR dan COPPA.
Sebelum itu, sesi taklimat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah HEA Tn. Hj. Nuriman. Beliau menyatakan tahap persediaan KKTMB kearah pengakreditasi MQA iaitu pesrsediaan dokumen dan tahap kefahaman setiap warga KKTMB tentang MQA.
Sebelum majlis taklimat ini berakhir, warga KKTMB berkesempatan untuk mendengar sedikit amanat dari Pengarah baru KKTMB iaitu Tn. Hj. Wan Sabri Wan Ismail. Beliau meminta semua pihak tidak terlalu bimbang terhadap persediaan MQA ini kerana perkara ini akan menjadi mudah apabila semua pihak bekerjasama dan menumpukan kepada kualiti kerja bertahap tinggi.
Diharapkan warga KKTMB iaitu pensyarah, pentadbiran dan pelajar akan bersama-sama berusaha untuk mendapatkan Akreditasi MQA ini. Gambarimashou...
Wednesday, June 2, 2010
KKTMB...Aktiviti Pembelajaran...
Alhamdulillah, sesi Jan-Jun 2010 telah sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan dengan hanya satu kertas peperiksaan sahaja dijalankan.

Diharapkan keputusan peperiksaan bagi sesi ini akan menunjukkan prestasi cemerlang setelah pelbagai cara dan kaedah diperkenalkan oleh pihak pengurusan akademik KKTMB ini.

Diharapkan juga para pelajar dapat menggunakan masa selama 9 hari yang terluang dan bersambung dengan 3 minggu cuti semester nanti untuk merancang percutian dengan baik agar dipenuhi dengan kerja-kerja yang bermanafaat.

Kepada semua pensyarah KKTMB, omedetou kerana telah menjalankan tugasan dengan baik semester ini. Arigatou gozaimashita....
Diharapkan keputusan peperiksaan bagi sesi ini akan menunjukkan prestasi cemerlang setelah pelbagai cara dan kaedah diperkenalkan oleh pihak pengurusan akademik KKTMB ini.
Diharapkan juga para pelajar dapat menggunakan masa selama 9 hari yang terluang dan bersambung dengan 3 minggu cuti semester nanti untuk merancang percutian dengan baik agar dipenuhi dengan kerja-kerja yang bermanafaat.
Kepada semua pensyarah KKTMB, omedetou kerana telah menjalankan tugasan dengan baik semester ini. Arigatou gozaimashita....
Saturday, May 29, 2010
KKTMB...MJII...Perpustakaan
KKTM Beranang memiliki sebuah bangunan perpustakaan yangg amat cantik dan luas. Ianya mula dibuka secara rasmi pada Januari 2010 yang lalu.
Bangunan ini mempunyai 3 tingkat di mana tingkat 1 adalah sebagai pusat aktiviti ko kurikulum untuk menempatkan bilik-bilik operasi bagi setiap persatuan dan kelab di KKTMB ini. Tingkat 2 pula menempatkan pejabat operasi perpustakaan, ruang bacaan, bilik perbincangan berkumpulan, bilik video conferencedan yang paling penting sekali ialah bilik untuk Learning Support Unit (LSU). Tingkat 3 bangunan perpustakaan ini pula menempatkan ruang luas untuk set-set bacaan dan tempat-tempat bacaan bagi setiap pengunjung.
Terdapat 3 orang kakitangan yang mengendalikan operasi perpustakaan ini iaitu Puan Norhidayah Baharom sebagai Pegawai Perpustakaan, Puan Asmarani sebagai pembantu tadbir dan Encik Muslim Mabror juga sebagai pembantu tadbir. Ianya juga dibantu oleh beberapa orang pelajar yang sukarela membantu operasinya pada waktu malam.
Perpustakaan ini dibuka setiap hari kuliah pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan rehat sebentar pada jam 1.00 tengahari hingga jam 2.00 petang pada hari biasa. Manakala pada hari jumaat ia rehat pada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.
Di sini terdapat banyak bahan bacaan untuk rujukan pembelajaran, majalah-majalah bebentuk ilmiah dan bahan-bahan bacaan berbentuk santai untuk selera setiap pengunjung.
Diharapkan perpustakaan KKTM Beranang akan memberikan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik kepada warga KKTMB dan setiap pengunjung. Ganbatte ne...
Thursday, May 27, 2010
KKTMB...MJII...Makan Malam bersama Pengarah
26hb Mei 2010, Jabatan Elektronik (Embedded System) yang diketuai oleh En, Zaudin Saad (Ketua Jabatan)telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Pengarah baru Tuan Haji Wan Sabri Wan Ismail.
Turut dijemput bersama di dalam majlis itu ialah Tuan Haji Mohd Fadhil Ghazali iaitu Mantan Pengarah KKTMB dan Tuan Haji Nuriman Yusuf Timbalan Pengarah (HEA) KKTMB.
Majlis bertempat di Restoran Tomyam Beranang bermula jam 8.30 malam adalah sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih rakan-rakan pensyarah di jabatan ini di atas pengesahan jawatan dalam perkhidmatan mereka oleh pihak MARA dengan sokongan Ketua Jabatan dan Pengawal Pusat.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga Tn. Hj. Mohd fadhil, keluarga Tn. Hj. Nuriman, keluarga En. Zaudin Saad dan keluarga Norhamimi sensei.
Diharapkan seterus ini, pensyarah-pensyarah Jabatan Elektronik Embedded System akan bekerja lebih keras lagi dan memberikan sumbangan yang terbaik kepada kemajuan dan masa depan KKTM Beranang ini.
Zaid sensei, Nazmi sensei, Mimi sensei, Khalid sensei, Ja'aris sensei and Zaudin sensei...
Mina sama...ishoni gambatte kudasai...
gambar-gambar ketika majlis akan menyusul...
Tuesday, May 25, 2010
KKTMB...MJII...Final Exam Week.
24hb Mei 2010, peperiksaan akhir telah bermula. Tiap-tiap kali peperiksaan akhir, dewan peperiksaan akan berubah-ubah mengikut keadaan. Harap-harap pelajar MJII@KKTMB ini telah tahu teknik untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan di saat akhir ini.
Kali ini dewan peperiksaan di letakkan di bangunan bengkel berdekatan bengkel pemasangan elektrik. Dewannya berhawa dingin, luas, mempunyai meja peperiksaan yang baru dan selesa.
Walaupun ada pelajar yang dirundung malang ketika menghampiri minggu peperiksaan akhir ini, contohnya saudari Nufitri dan saudari Izah yang kemalangan motosikal seminggu sebelum ini, dan saudara Zulhelmy Basir yang digigit nyamuk aedes hingga terkena demam denggi, tetapi minggu peperiksaan tetap berjalan seperti dijadualkan.
Kepada semua pelajar-pelajar MJII@KKTMB, selamat menempuh hari peperiksaan dengan selamat, sihat dan fokus. Semoga keputusan semester ini akan meningkat dan menunjukkan prestasi yang baik. Gambatte ne....Good Luck...
Friday, May 21, 2010
MJII...KKTMB...Majlis Perpisahan Tn. Hj. Mohd Fadhil
21hb Mei 2010, Satu Majlis ringkas perpisahan Pengarah KKTM Beranang iaitu Tn.Hj. Mohd Fadhil bin Ghazali telah diadakan.
Beliau akan berpindah ke ibu pejabat MARA Kuala Lumpur di Bahagian MIS. Beliau akan mula bertugas di sana pada hari Selasa 25hb Mei ini.
Beliau telah berkhidmat di MJII@KKTM Beranang ini selama hampir 6 bulan setelah mengantikan Tn. Hj. Shahruddin Bin Abd Hamid. Walaupun hanya 6 bulan di KKTMB ini, beliau telah banyak merancangkan gerak kerja untuk membawa MJII@KKTMB ke puncak kejayaan.
Majlis beliau bersama pelajar telah diadakan pada sebelah pagi sementara majlis beliau bersama kakitangan pula diadakan pada jam 3.00 petang. Antara lain beliau meninggalkan pesan supaya setiap gerak kerja yang telah berjalan mestilah diteruskan agar ianya menampakkan hasil di suatu hari nanti.
Beliau huga meminta semua kakitangan agar bekerja bersama-sama pengarah baru nanti demi masa depan MARA dan kolej ini khususnya.
Pesan beliau kepada pelajar-pelajar pula ialah supaya mereka sentiasa fokus dengan pembelajaran dan sentiasa bersedia belajar ilmu-ilmu baru.
Kepada Tn. Hj. Mohd. Fadhil, kami di MJII@KKTMB akan sentiasa mengenang jasa dan bakti mu di sini.
InsyaAllah, jika panjang usia kita akan bertemu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)