Saturday, May 29, 2010

KKTMB...MJII...Perpustakaan


KKTM Beranang memiliki sebuah bangunan perpustakaan yangg amat cantik dan luas. Ianya mula dibuka secara rasmi pada Januari 2010 yang lalu.

Bangunan ini mempunyai 3 tingkat di mana tingkat 1 adalah sebagai pusat aktiviti ko kurikulum untuk menempatkan bilik-bilik operasi bagi setiap persatuan dan kelab di KKTMB ini. Tingkat 2 pula menempatkan pejabat operasi perpustakaan, ruang bacaan, bilik perbincangan berkumpulan, bilik video conferencedan yang paling penting sekali ialah bilik untuk Learning Support Unit (LSU). Tingkat 3 bangunan perpustakaan ini pula menempatkan ruang luas untuk set-set bacaan dan tempat-tempat bacaan bagi setiap pengunjung.

Terdapat 3 orang kakitangan yang mengendalikan operasi perpustakaan ini iaitu Puan Norhidayah Baharom sebagai Pegawai Perpustakaan, Puan Asmarani sebagai pembantu tadbir dan Encik Muslim Mabror juga sebagai pembantu tadbir. Ianya juga dibantu oleh beberapa orang pelajar yang sukarela membantu operasinya pada waktu malam.

Perpustakaan ini dibuka setiap hari kuliah pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan rehat sebentar pada jam 1.00 tengahari hingga jam 2.00 petang pada hari biasa. Manakala pada hari jumaat ia rehat pada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.



Di sini terdapat banyak bahan bacaan untuk rujukan pembelajaran, majalah-majalah bebentuk ilmiah dan bahan-bahan bacaan berbentuk santai untuk selera setiap pengunjung.

Diharapkan perpustakaan KKTM Beranang akan memberikan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik kepada warga KKTMB dan setiap pengunjung. Ganbatte ne...

1 comment: