Monday, March 20, 2023

Malaysia Technology Expo (MTE) 2023

 









1. Nama aktiviti: Malaysia Technology Expo (MTE) 2023

2. Tarikh:  16-18 Mac 2023

3. Masa : 8 pagi - 5 petang

4. Penganjur: Malaysia Technology Expo (MTE) 2023

5. Tempat: Virtual Event (Hybrid)

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Setiap tahun, inovator akan berkumpul dari luar dan dalam Negara untuk menjadi sebahagian dari Program Anugerah Inovasi MTE yang berprestij, dengan harapan untuk meraih pingat. Pengiktirafan oleh MTE amat dipandang tinggi oleh ramai pihak dalam industri. 


MTE 2023 Virtual menyasarkan untuk terus memberi inspirasi, mendidik dan menaikan inovator muda untuk mencipta generasi usahawan teknologi seterusnya untuk masa hadapan.


MJII menghantar sebanyak 4 penyertaan kepada unit BITK (Bahagian Inovasi Teknologi Kreatif) dan 2 projek berjaya dipilih untuk menyertai Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2023 yang disertai pelbagai institusi pendidikan dan sektor awam dalam dan luar Negara bagi kategori 

1. International Innovation Award 2023 (IIA)

2. Asian Youth Innovation Award 2023 (AYIA)


Kesemua 2 projek berjaya mendapat penganugerahan seperti berikut;


Asian Youth Innovation Award 2022 (AYIA)

BABY CAR SEAT ALARM DEVICE - Silver Award Winner

Muhamad yusuf bin zulkefly (SV)

Mohd Amyrul Bin Ardin

Muhammad Afiq Danial Bin Sa'arum

Irtiya Hana Binti Nazirman

Nur Khalisah Nabilah Binti Zulbaidi


International Innovation Award 2023 (IIA)

SEMI AUTOMATIC WHEELBARROW CONTROL - Bronze Award Winner

Siti Zaleha binti Abdul Aziz (SV)

Nawwar Binti Mohd Nizam

Nurul Ateka Binti Abd Hamid


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG MTE 2023 DARI MJII YANG MEWAKILI MARA KE MTE 2023

by Fadzly sensei

Lawatan Penandaarasan -Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) oleh Politeknik Melaka ke Jabatan DKC

 








1. Program : 

Lawatan Penandaarasan -Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) oleh Politeknik Melaka ke Jabatan DKC

2. Tarikh: 15/03/2023 

3. Masa: 10.30 pagi 

4. Penganjur: Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) & Jkuasa ETAC, MJII Beranang

5. Peserta:Jabatan DKC dan Politeknik Melaka

6. Gambaran ringkas / penerangan : 

Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) telah menerima kawatan penanda aras dari  Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka. Delegasi Politeknik Melaka diketuai oleh Ts. Hj. Mohd Nordin bin Mohd Jani, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (KJKE) bersama dengan 13 orang pensyarah Politeknik Melaka.

Lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras bagi perkongsian maklumat dan 'best practice '  antara kedua -dua program Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) selaras dengan kehendak dan syarat Engineering Technology Accreditation Council {ETAC).Antara yang dibincangkan adalah  pemetaan struktur kurikulum kedua-dua program,  proses pelaksanaan kursus Projek Akhir (FYP) pelajar, kaedah penilaian bagi Programme Learning Outcome (PLO) 7 dan instrumen serta kaedah pengukuran Programme Educational Objectives (PEO) yang dilaksanakan di MJII. Selain itu juga,pensyarah Politeknik Melaka telah dibawa  melawat ke fasiliti MJII seperti perpustakaan, bengkel/ lab DKC dan UPP.

Semoga lawatan penanda aras ini  dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan kepada kedua-dua program sebagai persediaan dalam menghadapi proses akreditasi ETAC.

by Akma sensei

Friday, March 17, 2023

Majlis Apresiasi Rakan Strategik Passport Keselamatan NIOSH

 






1. Program : 

Majlis Apresiasi Rakan Strategik Passport Keselamatan NIOSH

2. Tarikh: 07/03/2023 

3. Masa: 10.30 pagi  

4. Penganjur: The National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) 

5. Peserta: 2 Wakil Jabatan DKR

6. Gambaran ringkas / penerangan : 

Mara-Japan Industrial Institute (MJII) berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak NIOSH untuk turut serta di Majlis Apresiasi Rakan Strategik Passport Keselamatan NIOSH sebagai wakil IPT ketika  Penyerahan Surat Tawaran Kursus Passport Keselamatan dibawah KPI Madani 100 hari KSM.

by Khairulnisa sensei

Program NIOSH Tenaga Safety Passport (NTSP)

 





1. Program : 

Program NIOSH Tenaga Safety Passport (NTSP) 

2. Tarikh: 08/03/2023 

3. Masa: 8.30 pagi -5.30 petang 

4. Penganjur: Jabatan Data Transmisi dan Rangkaian

5. Peserta: 40 (Semester 4 & 5, DKR)

6. Gambaran ringkas / penerangan : 

Program ini diadakan bertujuan perkongsian ilmu pengetahuan, pengalaman dari pegawai NIOSH terutamanya yang melibatkan risiko ketika bekerja,  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Penilaian yang dijalankan di akhir program melayakkan pelajar bagi mendapatkan kad NIOSH Tenaga Safety Passport (NTSP) yang menjadi nilai tambah dan keperluan bagi pelajar ketika berada dilapangan sewaktu menjalankan Latihan Industri.

by khairul nisa sensei

Thursday, March 16, 2023

Pemetaan Silibus antara MJII dan UniKL MFI

 




1. Nama aktiviti: Pemetaan Silibus antara MJII dan UniKL MFI
2. Tarikh: 15 March 2023
3. Tempat: UniKL MFI
4. Penglibatan: Jawatankuasa Pemetaan Silibus
5. Sinopsis: Program ini merupakan inisiatif bagi perbincangan pemetaan kredit di peringkat Diploma MARA-Japan Industrial Institute (MJII) ke program Bachelor of Engineering Technology (Automation & Robotic) dan Bachelor of Mechatronics Engineering Technology. Selain itu, perkongsian maklumat mengenai program-program semasa yang di laksanakan oleh MJII dan UniKL MFI turut  dibincangkan. Wakil dari pihak UniKL MFI adalah terdiri daripada :
i. Ts. Yusof bin Mohd Ekhsan – Ketua Program Industrial Automation
ii. Dr Nur Zulaikhah binti Nadzri – Penyelaras Mechatronics
iii. Pn. Farah Hana binti Mukhtar - Mantan Penyelaras Automation & Robotics

by Haida sensei


Wednesday, March 15, 2023

Oosuji Perdana 5S

 









1. Program : 

Oosuji Perdana 

2. Tarikh : 10/03/2023

3. Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi.

4. Penganjur : Jawatankuasa QE/5S MJII

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program Oosuji dijalankan kali ini adalah sebagai persediaan menghadapi audit pensijilan QE/5S di MJII yang akan diadakan pada 30 Mei 2023. Selain itu, ia juga dijalankan untuk terus memupuk kesedaran amalan 5S dikalangan pelajar dan staf.

Semua zon terlibat iaitu Zon Jabatan, Akademik, Riadah, Bilik Pensyarah dan Asrama.

Gemba bersama Timbalan Pengarah KPHP juga dijalankan di asrama untuk memastikan program gotong royong di asrama berjalan lancar.

by Huda sensei

Friday, March 10, 2023

Kursus Penulisan Kertas Kerja

 






1. Program : 

Kursus Penulisan Kertas Kerja

2. Tarikh : 6/03/2023

3. Masa : 9:00 malam - 11:00 malam

4. Penganjur : Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Penceramah : Hjh Zarinah bt Idrus

6. Sinopsis/Keterangan : 

Kelas ini diberi kepada para pelajar yang terdiri daripada MPP, Pengerusi dan Setiausaha Kelab, serta pelajar-pelajar yg berminat. Pendedahan kepada penulisan kertas kerja mengikut format MARA diberi untuk memastikan kertas kerja yg dihasilkan berkualiti disamping meningkatkan kemahiran penulisan dikalangan bakal-bakal pemimpin akan datang.

by Hjh Zarinah

Tuesday, March 7, 2023

Kursus Asas Pengekodan Menggunakan Edu:bit

 








1. Program : Kursus Asas Pengekodan Menggunakan Edu:bit

2. Tarikh : 4/03/2023

3. Masa : 9:00 pagi - 12:00 tghr

4. Penganjur : Jawatankuasa PSH, Jabatan Electronics Measurement & Control dan CSR Kesatria MJII

5. Peserta : 11 Orang ( Darjah 4 - Tingkatan 2)

6. Sinopsis/Keterangan : 

Program ini diadakan sempena cuti sekolah untuk memberi pendedahan serta  pengetahuan dalam bidang elektronik kepada murid-murid sekolah. Murid-murid ini didedahkan dengan asas pengekodan menggunakan  ‘microbit’ . Kaedah pengajaran yang digunakan ialah 'Play & Learn' . Program ini melibatkan seorang staf dan 11 orang pelajar. Diharapkan para peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pengekodan , menarik minat mereka dalam bidang elektronik serta pengetahuan yang mereka perolehi  dapat dimanfaat  di masa akan datang.

by Ismail sensei

Saturday, March 4, 2023

Entrepreneur Mind - Dropship & Affiliate (Real Life Business Application)

 









1. Program : Entrepreneur Mind - Dropship & Affiliate (Real Life Business Application)

2. Tarikh : 3/03/2023

3. Masa : 8.45 pagi - 10.00 pagi

4. Penganjur : Unit Keusahawanan & Industrial Business Unit (IBU)

5. Peserta : Semester 3 & 4

6. Sinopsis/Keterangan : 


Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu Perkongsian daripada usahawan alumni dan Peoplelogy Sdn Bhd. Sesi perkongsian adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep Dropship dan Affiliate.


Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari kaedah yang terbaik dalam pengiklanan di media sosial seperti instagram dan tiktok ads.


Perkongsian ini disampaikan oleh Usawahan alumni Muhammad Anas Rahim (AG Mobile Sdn Bhd) dan daripada Peoplelogy (Mdm Lynn Lim).


Diharap program ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mencetuskan idea perniagaan atas talian seperti Dropship dan Affiliate.

by Huda sensei dah Hazwan sensei