Nama Program: LAWATAN INDUSTRI DAN KAJIAN LAPANGAN KE ASSOCIATED PAN MALAYSIA CEMENT SDN BHD
Tarikh : 30 April 2026
Tempat: Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd
Sinopsis:
Program lawatan industri dan kajian lapangan ke Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 30 April 2026 bermula jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang. Seramai 4 orang pelajar semester 5 dan 6 orang pelajar semester 4 bersama 3 orang pensyarah daripada Jabatan Kawalan dan Pengukuran Elektronik telah terlibat dalam program ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi sebenar kawalan dan instrumentasi dalam industri serta melengkapkan keperluan Field Study bagi pelajar Semester 5 sebagai sebahagian daripada penilaian kursus bagi Kursus Industrial Process Instrumentation.
Sepanjang lawatan, pelajar telah didedahkan kepada proses pengeluaran produk utama seperti simen dan konkrit, control room yang mengawal keseluruhan plant, proses kawalan kualiti, serta amalan keselamatan industri. Pelajar juga berpeluang melihat penggunaan sistem automasi dalam operasi pengeluaran sebenar.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian ilmu dan pengalaman bersama pelajar dan pensyarah.
by sensei Syaaban

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment