Thursday, April 30, 2026

Kolaborasi dalam UKM Matsuri 2026

 









1. Nama aktiviti:  Kolaborasi dalam UKM Matsuri 2026

2. Tarikh: 24 – 26 April 2026

3. Tempat: Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

4. Penglibatan:  20 orang pelajar Kelab Bahasa Jepun MJII, 5 orang Ahli Kelab Plamodeller. 10 orang pelajar tarian kipas & 3 orang pensyarah Bahasa Jepun, Unit Pengajian Am

5. Sinopsis: 

UKM Matsuri merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa dan Budaya Jepun, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINORU). Program ini berperanan memperkenalkan bahasa, seni serta budaya Jepun kepada masyarakat Malaysia melalui pelbagai aktiviti seperti pameran kebudayaan, persembahan seni dan aktiviti interaktif. Selain sebagai festival kebudayaan, program ini turut menjadi platform interaksi antara pelajar universiti, institusi pendidikan dan masyarakat umum melalui pengalaman bertemakan budaya Jepun.


Program ini telah dirasmikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata. Dalam majlis perasmian tersebut, pelajar MJII telah mempersembahkan tarian kipas sebagai salah satu pengisian acara. Selain itu, turut diadakan persembahan lain seperti tarian oleh Kelab Bahasa Jepun Universiti Malaya serta persembahan koto oleh Plumeria Koto Ensemble.


Pada 25 dan 26 April, Kelab Bahasa Jepun MJII telah bekerjasama dalam menjayakan program ini melalui penglibatan pelajar sebagai sukarelawan dalam beberapa aktiviti seperti Anime Fun Run, Maid Café dan Gundam Booth.


Diharapkan kolaborasi MJII dalam program ini dapat membuka peluang kepada pelajar dan staf untuk berinteraksi serta menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan lain dan organisasi yang berkaitan dengan budaya Jepun.

by sensei Fazliani

No comments:

Post a Comment