Thursday, April 16, 2026

Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA Tahun 2026

 






1. Nama Program: Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA Tahun 2026

2. Tarikh : 10 - 12 April 2026

3. Tempat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor 

4. Sinopsis/keterangan: Pada 10-12 April 2026, pasukan ragbi TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute telah menyertai Kejohanan Ragbi 10’s Piala Ketua Pengarah MARA yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan dari pelbagai institusi di bawah MARA, menyaksikan persaingan sengit sepanjang kejohanan.Pasukan MJII yang terdiri daripada 19 orang pelajar telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengungguli tempat pertama di peringkat kumpulan dan berjaya meraih naib johan dalam kategori Plate. Para pemain telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta daya juang yang luar biasa dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada pelajar dalam bidang sukan, malah turut memperkukuhkan semangat berpasukan dan disiplin dalam kalangan peserta. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pasukan MJII dalam kejohanan akan datang.

by Radzi sensei

No comments:

Post a Comment