Wednesday, May 21, 2025

PERSIJILAN FIBER OPTIC-INTERNAL WIRING (CA1C) SESI JANUARI-JUN 2025

 






1.Nama aktiviti: PERSIJILAN FIBER OPTIC-INTERNAL WIRING (CA1C) SESI JANUARI-JUN 2025

2.Tarikh :  13 Mei 2025 (Selasa)

3.Tempat: TM Digital Academy, Cyberjaya

4.Penglibatan : 2 orang pensyarah DKR dan 36 orang pelajar Semester 4 DKR

5.Sinopsis:


Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan pengiktirafan kompetensi industri kepada pelajar dalam bidang fiber optik dalaman berdasarkan piawaian sebenar industri.

Pelajar yang terlibat telah mengikuti sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan topik pemasangan dan penyambungan fiber optik dalaman (internal wiring) di MJII yang dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah dari Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR). Setelah melengkapkan sesi pengajaran di institut, pelajar telah dibawa ke TM Digital Academy untuk menduduki peperiksaan bagi modul CA1C sebagai penilaian akhir bagi tujuan persijilan kompetensi.

Kesemua 36 pelajar berjaya menduduki peperiksaan dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang proses penilaian berlangsung. Keputusan menunjukkan majoriti pelajar berjaya memperoleh kelulusan dan menerima sijil kompetensi CA1C yang diiktiraf oleh industri, seterusnya memberi nilai tambah kepada profil teknikal mereka sebagai bakal graduan. Program ini juga memberi pendedahan suasana penilaian industri sebenar yang berbeza daripada suasana bilik kuliah biasa.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan peperiksaan persijilan CA1C ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamat utamanya. Ia bukan sahaja memperkukuhkan kemahiran teknikal pelajar dalam bidang fiber optik tetapi juga memperkasakan mereka dengan pensijilan yang relevan dan bernilai tinggi dalam pasaran pekerjaan masa kini.

by sensei Hajar

Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian (DKR) 2.0

 









1.Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian (DKR) 2.0

2.Tarikh: 20 May 2025 (Selasa)

3.Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 

4.Penglibatan: Panel penasihat industri, pensyarah DKR dan pelajar semester 5 DKR (Naruto).

5.Sinopsis: 

Sesi libat urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) ini dianjurkan bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri serta memastikan program pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja semasa.

Wakil industri yang hadir adalah En Mohammed Khomeini Bin Abu, Technical Director Landasan Network Solutions Sdn Bhd.  Melalui sesi ini, pihak institusi berpeluang mendapatkan maklum balas, pandangan serta cadangan penambahbaikan secara terus daripada wakil industri berpengalaman yang bertindak sebagai penasihat luar. 

Program ini dimulakan dengan MikroTik Bootcamp yang dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan pelajar-pelajar semester 5 dari jabatan DKR untuk menduduki peperiksaan persijilan MTCNA. 

Selain itu, pihak Jabatan DKR turut membentangkan struktur kurikulum terkini kepada IAP bagi mendapatkan cadangan daripada panel berkaitan latihan, peralatan serta kaedah pelaksanaan PdP bersesuaian bagi memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kompetensi teknikal, kemahiran insaniah, serta pendedahan industri yang mencukupi.

by sensei Nadiah

Bengkel Terapi Mewarna

 




LAPORAN BENGKEL TERAPI MEWARNA

 1.  Nama Program: Bengkel Terapi Mewarna

2.  Tarikh:  11 April 2025 (3.00 5.00 petang)

3.   Hari: Rabu

4.  Tempat:  Bilik Kaunseling Kelompok, MJII Beranang

5.  Penglibatan: pelajar semester 5 Jabatan Robotik MJII Beranang

6. Penceramah : Pn. Tg. Noorhidayati bt. Tg. Mohamed   

7.Anjuran : Unit Kaunseling MJII Beranang

8.Sinopsis:

Bengkel Terapi Mewarna telah dilaksanakan oleh Kaunselor MJII Beranang iaitu Puan Tg Noorhidayati dan melibatkan semua pelajar semester 5 Jabatan Robotik MJII Beranang. Dalam bengkel tersebut, pelajar diberikan sehelai kertas lukisan untuk tujuan aktiviti mewarna yang terdiri daripada pelbagai corak seperti mandala, flora dan bentuk geometri.  Pelajar diberi kebebasan untuk memilih dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Suasana bengkel berjalan dalam keadaan tenang dan santai, dengan alunan muzik latar yang menenangkan, bagi menggalakkan suasanayang  kondusif.


Selain aktiviti mewarna, peserta juga diberi masa dan ruang untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka semasa sesi mewarna. Daripada aktiviti mewarna ini, pelajar menyatakan bahawa bengkel ini memberi peluang kepada mereka untuk ‘berehat seketika’ daripada memikirkan tekanan dan tugasan akademik.

Bengkel diakhiri dengan ucapan terima kasih dan sesi penghargaan kepada semua pelajar yang terlibat. Secara keseluruhannya, Bengkel Terapi Mewarna ini merupakan inisiatif kaunselor dalam  mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental melalui kaedah yang senang, mudah diakses dan mengikut kreativiti masing-masing.

by Kaunselor Yati

Tuesday, May 20, 2025

LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KARAKTER DIRI PELAJAR

 



LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KARAKTER DIRI PELAJAR

1.  Nama Program: Slot Kouza: Perkongsian Pengurusan Kesihatan dan Karakter Diri Pelajar bersama Kaunselor MJII Beranang

2.  Tarikh:  11 April 2025

3.   Hari: Jumaat 

4.  Tempat: Surau Riyadussolihin, MJII Beranang

5.  Penglibatan: Semua pelajar MJII Beranang  

6. Anjuran: Unit Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kouza MJII Beranang 7.  Sinopsis/keterangan:

Slot perkongsian bertajuk "Pengurusan Kesihatan dan Karakter Diri" telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kouza dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya MJII pada 11 April 2025 yang lalu. Slot ini telah disampaikan oleh kaunselor MJII Beranang, iaitu Puan Tengku Noorhidayati binti Tengku Mohamed dan melibatkan penyertaan semua pelajar MJII Beranang. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental serta mengukuhkan karakter diri sebagai asas pembentukan jati diri yang unggul.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian kaunselor MJII yang menjelaskan takrif kesihatan daripada sudut pandang Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan perspektif Islam dan penerangan tentang aspek kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan rohani yang mana kepentingan kesihatan mental dalam mempengaruhi pembentukan karakter diri seseorang. Seterusnya, dalam sesi ini, pelajar diberikan pencerahan berkenaan takrif karakter diri serta unsur-unsur penting yang membentuknya seperti sikap berintegriti, empati, tanggungjawab, disiplin, dan ketabahan. Hubungan antara kesihatan diri dan pembentukan karakter turut ditekankan, di mana seseorang yang sihat secara fizikal dan mental lebih berupaya menjadi individu yang sabar, bertanggungjawab, dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Program turut diserikan dengan beberapa aktiviti interaktif seperti sesi soal jawab, agar pelajar lebih sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan membentuk sahsiah yang baik.   Faktor pengaruh gaya hidup bebas dan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah, alkohol dan rokok akan memberi impak dan dampak negatif terhadap karakter diri dan juga terhadap kesihatan fizikal dan mental pelajar. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek kesihatan dan karakter diri. Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan diri secara holistik, malah penerapan kepada amalan budaya hidup pelajar yang sihat amat membantu dalam pembentukan peribadi pelajar MJII yang seimbang dan unggul

by kaunselor Yati

Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Taiace Engineering Sdn Bhd.

 






1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Taiace Engineering Sdn Bhd.

2. Tarikh: 19 Mei 2025

3. Tempat: Taiace Engineering, Nilai, Negeri Sembilan

4. Penglibatan:  4 orang pensyarah dan 16 orang pelajar DKC.

5. Sinopsis: 

Seramai 4 orang pensyarah dan 16 orang pelajar daripada semester 5 Jabatan DKC telah menghadiri lawatan industri ke Taiace Engineering, Nilai, Negeri Sembilan. Lawatan ini disambut oleh beberapa kakitangan Taiace Engineering. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memahami proses pengeluaran produk yang dilakukan di sana, mengeksplorasi peluang laluan kerjaya, mendalami program latihan industri yang disediakan bagi para pelajar dan juga bagi pelajar menjalankan field study ( experiences learning) bagi mendalami jenis- jenis transducer serta actuator yang diguna-pakai. Lawatan ini bermula dengan perkongsian ilmu daripada jurutera yang menerangkan tentang produk dan servis syarikat tersebut, diikuti penerangan berkenaan sistem solar dan Sustainable Energy Development Authority SEDA.  Seterusnya adalah sesi lawatan ke bengkel kerja bagi melihat mesin dan alatan yang digunakan bagi penghasilan sesuatu produk. Terima kasih kepada pihak Taiace Engineering atas layanan dan penerangan yang sangat bermanfaat.

by sensei Syaaban

Majlis Penyerahan Saguhati Yushu Nerai Sesi Jan-Jun 2025

 





1. Nama aktiviti: Majlis Penyerahan Saguhati Yushu Nerai Sesi Jan-Jun 2025

2. Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat)

3. Tempat: Bilik Kyoto, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 

4. Penglibatan: TPHEA bersama 13 orang tutor, 2 MPP Exco Akademik & 2 wakil Jawatankuasa Yushu Nerai. 

5. Sinopsis: 

     Majlis Penyerahan Saguhati Yushu Nerai bagi Sesi Jan–Jun 2025 telah diadakan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Kyoto, MARA-Japan Industrial Institute (MJII).

Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para tutor Yushu Nerai yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakan-rakan pelajar sepanjang sesi pengajian.Selain daripada itu, Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MJII juga turut menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran program Yushu Nerai bagi sesi Jan-Jun 2025 ini.


     Seramai  11 daripada 13 orang tutor (2 tidak hadir kerana masalah Kesihatan), 2 orang Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 2 orang wakil Jawatankuasa Yushu Nerai turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Program Yushu Nerai bagi sesi ini melibatkan 6 kursus iaitu 2 kursus semester 1 dan 4 kursus semester 2, yang merangkumi bidang-bidang teras dalam pengajian. Para tutor telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesi bimbingan secara konsisten dan berkesan kepada pelajar yang memerlukan.


      Majlis disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA) yang berbesar hati menyampaikan saguhati dan menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat. Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kepada para tutor untuk terus cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan akademik pelajar di MJII.

by sensei Ruslinda

Monday, May 19, 2025

Program: Konsultasi Kerjaya dan E-Potensi Kaunselor MARA di Program Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025

 



1.Nama Program: Konsultasi Kerjaya dan E-Potensi  Kaunselor MARA di Program Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025

2.Tarikh: 10 – 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)

3.Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

4.Lokasi: Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan

5.Penglibatan: Kaunselor MJII Beranang

6.Sinopsis: 

Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025 telah dilaksanakan di Palm Mall, Seremban pada 10-11 Mei 2025 merupakan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam mempromosikan peluang pendidikan di bawah Institusi MARA kepada pelajar serta komuniti setempat. Program ini berlangsung selama dua hari dan telah mengetengahkan pameran dari pelbagai institusi pendidikan MARA, khidmat kaunseling kerjaya melalui ujian inventori kerjaya e-potensi oleh kaunselor MARA, dan sesi interaksi bersama ibu bapa dan pengunjung setempat. Antara kaunselor MJII yang terlibat ialah Puan Tg. Noorhidayati dan Puan Norriah Hani.

Program ini memberi pendedahan tentang laluan pendidikan yang ada di bawah MARA. Selain itu, booth konsultasi juga disediakan di mana kaunselor MARA membantu melalui khidmat bimbingan inventori kerjaya e-potensi dan mengadakan sesi konsultasi scara bersemuka kepada ibu bapa dan pelajar lepasan SPM yang hadir dalam membantu pelajar mengenalpasti bidang pengajian yang selari dan tepat dengan kecenderungan minat mereka. 

Secara keseluruhannya, Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025 telah berjaya mencapai objektifnya yang memberangsangkan serta sokongan padu daripada institusi MARA yang terlibat.  Program ini juga berjaya memupuk kerjasama antara institusi pendidikan MARA dan komuniti setempat dalam membantu menyalurkan maklumat peluang pendidikan di bawah insititusi MARA dan program pengajian TVET MARA kepada masyarakat setempat khususnya.

by Kaunselor Yati

HARI TERBUKA MJII BERANANG 2025

 








1. NAMA PROGRAM : HARI TERBUKA MJII BERANANG 2025

2. TARIKH : 15 MEI 2025 

3. HARI      :  KHAMIS

4. TEMPAT : MJII BERANANG

5. PENGANJUR: JK PROMOSI MJII

6. SINOPSIS :


Pada 15 Mei 2025 (Khamis), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menganjurkan Program Hari Terbuka MJII 2025. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan bidang pengajian dan kursus, kemudahan serta budaya pembelajaran MJII kepada pengunjung di samping memupuk hubungan erat dengan komuniti setempat. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan serta mempromosikan MJII serta program pengajian yang terdapat di MJII, serta untuk memenuhi kuota pengambilan pelajar  bagi sesi ambilan Julai – Disember 2025. Jumlah pengunjung yang hadir adalah sekitar 300 orang. Antara pengunjung yang hadir terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2024 seramai 28 orang, Ibu bapa, guru-guru serta pelajar sekolah berdekatan. Antara sekolah-sekolah jemputan yang hadir ialah SMK Khir Johari, Maahad Tahfiz Nurid Al-Ilmi dan MRSM Gemencheh.


Acara bermula dengan pendaftaran pengunjung di Lobi Utama sebelum dihangatkan oleh persembahan paluan gendang oleh Kelab Kebudayaan Jepun yang memukau penonton yang ada serta tetamu yang hadir. Pengunjung kemudiannya dibawa melawat Galeri Narita untuk menelusuri sejarah MJII, mengunjungi gerai jualan di Wasenta, melawat bengkel-bengkel jabatan seperti bengkel Cleanroom, Robotik, Scada, Networking dan Microcontroller dan melawat pameran Inno- X projek inovasi pelajar dan booth Yukata di Dewan Hyogo.


Taklimat program pengajian pula telah disampaikan oleh ketua-ketua jabatan dari DKE, DKC, DKS, DKM, DKR iaitu Encik Jaaris bin SAmsudin, Encik Ahmad Suhadi bin M.Zahari, Encik M. Khairul Adzhar bin Umar, wakil ketua jabatan iaitu Encik Ali Emran bin Ngatenan, dan Encik Ezad Razif bin Ahmat Rozali serta ketua jabatan Pengajian Am iaitu Puan Norhaslinda bt Jamil. Sesi taklimat tersebut memberi gambaran jelas dan penerangan lengkap program pengajian yang ada di MJII dan peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektronik selepas tamat pengajian diploma. 

Pelajar Lepasan SPM 2024 seramai 28 orang yang hadir pula layak memohon dan telah menerima tawaran untuk menyambung pengajian diploma di MJII secara terus bagi kemasukan pelajar sesi Julai- Disember 2025.

by Kaunselor Yati

Program Grooming Etika Pemakaian Temuduga Pelajar Tingkatan 5 MRSM ATM Bera

 






1. Nama aktiviti:  Program Grooming Etika Pemakaian Temuduga Pelajar Tingkatan 5 MRSM ATM Bera

2. Tarikh: 21 April 2025 (Isnin)

3. Masa : 10:30 pagi- 12:30 tenghari

4. Anjuran :  Unit Kaunseling MRSM ATM Bera dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya MJII

5. Tempat: Balai Islam MRSM ATM Bera, Pahang

6. Penglibatan:  Semua pelajar tingkatan 5 MRSM ATM Bera

7. Sinopsis: 

Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran insaniah dan profesionalisme yang diperlukan untuk menghadapi dunia luar selepas tamat pengajian. Ia menekankan aspek penampilan diri, komunikasi berkesan, dan etika sosial.  Pelajar Tingkatan 5 MRSM ATM Bera didedahkan dengan etika pemakaian yang sesuai  untuk menghadapi sesi temuduga yang bakal mereka hadiri selepas tamat persekolahan, terutamanya bagi permohonan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, dan kerjaya. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam   mempengaruhi persepsi pertama penilai dalam sesuatu sesi temuduga. Fokus utama program grooming ini adalah dari segi penampilan diri, etika berpakaian, dan keyakinan diri. Pelajar diberikan panduan mengenai pakaian yang sesuai untuk menghadiri sesi temuduga, termasuk pemilihan warna, jenis pakaian, dan aksesori yang sesuai. Semoga dengan perkongsian ini memberi pendedahan dan manfaat kepada pelajar dalam membantu menjayakan sesi temuduga mereka kelak.

bu Kaunselor Yati

VI-Talkfest & Projects Evaluation (VI-TPE) 2025 bagi Program Pengukuran Elektronik dan Kawalan(DKC)

 







1. Nama aktiviti:  VI-Talkfest & Projects Evaluation (VI-TPE) 2025  bagi Program  Pengukuran Elektronik dan Kawalan(DKC)

2. Tarikh: 13 Mei 2025

3. Masa : 9:00 pagi- 12:15 tenghari

4. Anjuran : Jabatan Pengukuran Elektronik dan Kawalan - DKC

5. Tempat: Virtual Instrument Lab

6. Penglibatan:  Pelajar Semester 3(Heisei) dan 4(Yuushuu) dari Program DKC

7. Sinopsis: 

Program VI-Talkfest & Projects Evaluation 2025 (VI-TPE 2025) telah dianjurkan oleh Jabatan Pengukuran Elektronik dan Kawalan (DKC) melibatkan pelajar Semester 3 dan 4 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik & Kawalan). Program ini bertujuan sebagai platform pembentangan Mini Project bagi subjek Virtual Instrument System and Data Acquisition Systems serta penilaian Projek Tahun Akhir (FYP) pelajar Semester 4. Sepanjang program, pelajar membentangkan hasil projek masing-masing di hadapan panel akademik dan industri yang memberikan maklum balas membina terhadap hasil kerja dan penyampaian pelajar. Panel bagi pembentangan Mini Project ini adalah Tn Hj Mohd Shazlan bin Mohd Anwar dari Virtual Instrument & System Innovation(VISI) Sdn Bhd. Beliau merupakan Panel Penasihat Industri bagi program DKC.


Melalui penganjuran program ini, pelajar mendapat pendedahan awal terhadap situasi pembentangan profesional serta menerima komen penambahbaikan daripada pihak industri bagi meningkatkan kualiti projek yang dihasilkan. Maklum balas yang diterima bukan sahaja membantu penambahbaikan aspek teknikal projek, malah turut memupuk keyakinan pelajar dalam komunikasi teknikal. Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyediakan pelajar dengan pengalaman dunia sebenar dan meningkatkan kebolehpasaran mereka selaras dengan keperluan industri.

bu sensei Wan Saidatul Akma

Anime Fun Run UKM 2025

 












1. Nama aktiviti:  Anime Fun Run UKM 2025

2. Tarikh: 17 Mei 2025 (Kingyo Sukui Booth) & 18 Mei 2025 (Anime Fun Run)

3. Anjuran : Kolaborasi Japanese Language and Culture Association (MINORU), UKM bersama Kelab Bahasa Jepun MJII 

4. Tempat: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

5. Penglibatan: Ahli Kelab Bahasa Jepun MJII & JK Pembudayaan Jepun 

6. Sinopsis: 

Anime Fun Run UKM merupakan salah satu acara yang telah dijalankan sempena UKM Matsuri (festival tahunan) yang dianjurkan oleh Japanese Language and Culture Association (MINORU), UKM. Kelab Bahasa Jepun MJII dan Jawatankuasa Pembudayaan Jepun MJII telah berkolaborasi dalam program ini melalui penyertaan pelajar serta sumbangan dalam aspek teknikal, promosi, sukarelawan, dan juga dengan membuka booth Kelab Bahasa Jepun MJII (Kingyo Sukui Booth / Scooping Little Fish).

Penyertaan pelajar sebagai sukarelawan dan pengendali booth ini telah berjaya memperkenalkan elemen budaya Jepun secara interaktif kepada masyarakat umum. Melalui Anime Fun Run, para pelajar juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara yang menyeronokkan serta membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

Kolaborasi MJII dalam program ini turut membuka peluang kepada pelajar dan staf untuk berinteraksi serta menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan lain dan organisasi berkaitan budaya Jepun.

bu Fazliani sensei