1. Nama aktiviti: Program Grooming Etika Pemakaian Temuduga Pelajar Tingkatan 5 MRSM ATM Bera
2. Tarikh: 21 April 2025 (Isnin)
3. Masa : 10:30 pagi- 12:30 tenghari
4. Anjuran : Unit Kaunseling MRSM ATM Bera dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya MJII
5. Tempat: Balai Islam MRSM ATM Bera, Pahang
6. Penglibatan: Semua pelajar tingkatan 5 MRSM ATM Bera
7. Sinopsis:
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran insaniah dan profesionalisme yang diperlukan untuk menghadapi dunia luar selepas tamat pengajian. Ia menekankan aspek penampilan diri, komunikasi berkesan, dan etika sosial. Pelajar Tingkatan 5 MRSM ATM Bera didedahkan dengan etika pemakaian yang sesuai untuk menghadapi sesi temuduga yang bakal mereka hadiri selepas tamat persekolahan, terutamanya bagi permohonan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, dan kerjaya. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam mempengaruhi persepsi pertama penilai dalam sesuatu sesi temuduga. Fokus utama program grooming ini adalah dari segi penampilan diri, etika berpakaian, dan keyakinan diri. Pelajar diberikan panduan mengenai pakaian yang sesuai untuk menghadiri sesi temuduga, termasuk pemilihan warna, jenis pakaian, dan aksesori yang sesuai. Semoga dengan perkongsian ini memberi pendedahan dan manfaat kepada pelajar dalam membantu menjayakan sesi temuduga mereka kelak.
bu Kaunselor Yati

.jpeg)

.jpeg)

 
 
No comments:
Post a Comment