Sunday, February 20, 2011

KKTMB...Lawatan ke Malaysia Technology Expo 2011





18hb Februari 2011, pensyarah-pensyarah KKTM Beranang telah berkesempatan mengunjungi Malaysia Technology Expo 2011 di KLCC.

Pameran disertai oleh pelbagai pihak iaitu institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran, universiti luar negara, syarikat-syarikat swasta dan peserta persendirian.

Friday, February 18, 2011

KKTMB...Sambutan Maulidur Rasul 2011






18hb Februari 2011, sambutan Maulidur Rasul 2011 KKTM Beranang.

Majlis diserikan dengan selawat, nasyid dan ceramah sempena maulidur rasul.

Friday, February 11, 2011

KKTMB...Taklimat Pengenalan OISCA




11hb Februari 2011, satu sesi taklimat pengenalan OISCA telah diadakan di dewan theateratte 4 dan dihadiri oleh semua warga kerja KKTM Beranang.

Wakil OISCA yang telah hadir untuk memberikan taklimat ialah Tuan Hj. Anuar (Setiausaha OISCA Malaysia), En. Jaafar dan Miss Shoji Tamayo.

Thursday, February 10, 2011

KKTMB...Ceramah Bulanan




10hb Februari 2011, satu sesi ceramah telah diadakan bertajuk Gejala Sosial Remaja Merosakkan Agama, Bangsa dan Negara.

Ceramah disampaikan oleh Encik Don A Samad. Beliau memulakan sesi ceramah dengan memaparkan suasana tanah air Malysia sebelum, semasa dan selepas merdeka. Beliau menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia tidak boleh buta sejarah yang mana ianya boleh membawa kepada kemusnahan sesebuah tamadun.

Beliau seterusnya mengimbas gejala-gelaja sosial yang makin berleluasa di Malaysia di kalangan remaja dan Anak muda dewasa ini. Dan ianya ditahap yang membimbangkan.

Ceramah dihadiri oeh semua warga kerja KKTM Beranang dan bersurai jam 12.30 tengahari.

Wednesday, February 2, 2011

KKTMB...Tamat Latihan di Jepun




Majlis tamat latihan di Jepun pada 28hb. Januari 2011.

Majlis telah dihadiri oleh Tuan Hj. Wan Sabri bin Wan Ismail mewakili Ketua Pengarah MARA bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Semoga dengan lengkapnya latihan ini, mereka akan pulang membawa azam yang kuat untuk melaksanakan pembudayaan kerja Jepun di KKTM Beranang.

Mina san, omedetou gozaimashita...

Monday, January 31, 2011

KKTMB...Lulus Persijilan 5S








Mina san...omedetou gozaimashita...

Tahniah kepada semua warga KKTM Beranang...

KKTM Beranang telah menerima ucapan tahniah dari IKM dan KKTM lain kerana berjaya menjadikan Kolej Kediaman pelajar sebagai salah satu zon penting untuk pengiktirafan 5S. Ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dicapai oleh IKM dan KKTM lain.

Wednesday, January 26, 2011

KKTMB...Goyong Royong Perdana





Bersempena dengan hari penilaian 5S pada minggu depan 31hb Januari 2011, KKTM Beranang bertungkus lumus menyiapkan dan membersihkan suasana persekitaran kolej.

Pada khamis minggu yang lalu, gotong royong asrama telah dijalankan. Pada minggu ini
pula, goyong royong ditumpukan di kawasan bangunan akademik.

Minasan...arigatou gozaimashita...

Sunday, January 23, 2011

KKTMB...Geng Training di Jepun





Mereka sempat melawat Sagamihara Incubation Center & Polytechnic University.

Saturday, January 22, 2011

KKTMB...Lawatan ke Japan Cultural Festival





22hb Januari 2011, bersama Hana sensei, Ila dan Norhafiza sensei, pelajar-pelajar KKTM Beranang mengunjungi UiTM Shah Alam untuk meramaikan Pesta Kebudayaan Jepun anjuran mereka.

Rombongan bertolak jam 10 pagi dan tiba sejam kemudian di Dataran Cendiakiawan UiTM Shah Alam. Walaupun saiz kawasan pestnya agak kecil tetapi dengan kehadiran persembahan kumpulan muzik J-Pop menyebabkan suasana tapak pesta riuh dan meriah.

Selepas menghabiskan masa di pesta tersebut, rombongan singgah sebentar di Midvalley Mall untuk makan tengahari.