SLOT PENGISIAN SARINGAN AWAL DEPRESSION, ANXIETY & STRESS SCALE (DASS)
1. Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)
2. Masa : 10.45 - 11.15 pagi
3. Anjuran: Unit Kaunseling dan Bimbingan, MJII
4. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII
5. Penglibatan: Semua pelajar MJII
Slot diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan status stress, kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety) pelajar bagi merancang intervensi yang boleh dilakukan kepada pelajar-pelajar. Slot dimulakan dengan menerangkan akan objektif slot ini serta apa langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya pelajar mengalami simptom stress, kemurungan atau kebimbangan untuk segera berkongsi dengan kaunselor MJII. Seterusnya pelajar-pelajar diberikan masa untuk mengisi DASS. Pelajar-pelajar digalakkan untuk berjumpa kaunselor bagi mendapatkan khidmat konsultasi lanjut selepas selesai slot ini. Pelajar-pelajar diharap cakna dan mengambil berat dalam menjaga kesihatan mental mereka dengan membuat saringan awal ini serta bertindak mendapatkan bantuan sekiranya mereka memerlukan seseorang untuk membantu mereka dalam mengatasi isu ini.
by Kaunselor Hani ... intervensi

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment