SLOT MOTIVASI DAN BIMBINGAN AKADEMIK PELAJAR
1. Tarikh: 16 Januari 2026 (Jumaat)
2. Masa : 11.15 – 12.00 tengahari
3. Anjuran: Unit Kaunseling dan Bimbingan, MJII
4. Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII
5. Penglibatan: 20 orang pelajar sem 2 hingga sem 5
6. Sinopsis:
Sesi bimbingan berkelompok telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling MJII kepada seramai 20 orang pelajar yang telah dikenal pasti mempunyai prestasi akademik rendah dengan PNGK 2.5 dan ke bawah. Sesi dimulakan dengan suntikan motivasi oleh Kaunselor Puan Tg Noorhidayati. Kemudian, pelajar terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang masing-masing terdiri daripada 10 orang pelajar bagi memastikan pelaksanaan sesi lebih berfokus dan berkesan. Sesi bimbingan berkelompok ini dilaksanakan oleh kaunselor Unit Kaunseling dan Bimbingan sebagai salah satu intervensi sokongan akademik kepada pelajar secara berfokus. Program ini bertujuan membantu pelajar sasaran membina semula semangat dan suntikan motivasi, hala tuju pembelajaran dan kemahiran belajar yang lebih berkesan.
Pelaksanaan sesi bimbingan berkelompok ini juga bertujuan membantu pelajar memfokuskan semula niat dan tujuan pembelajaran, memperkukuhkan azam serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan komitmen diri dalam pengajian. Selain itu, sesi ini turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan masa, penerapan kaedah pembelajaran secara study smart serta keperluan melakukan perubahan sikap dan tingkah laku ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang. Sepanjang sesi berlangsung, pelajar diberi ruang untuk membuat refleksi kendiri, berkongsi cabaran akademik yang dihadapi serta membincangkan strategi pembelajaran yang lebih berkesan dan praktikal
Sesi bimbingan berkelompok ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar, dan pelajar yang dikenal pasti memerlukan sokongan lanjutan akan dirujuk kepada sesi kaunseling individu.
Secara keseluruhan, pelajar menunjukkan respons yang positif sepanjang sesi bimbingan kelompok berlangsung. Pelajar didapati lebih terbuka berkongsi cabaran akademik yang dihadapi serta menunjukkan kesediaan untuk melakukan perubahan ke arah peningkatan prestasi akademik. Sesi ini juga membantu pelajar memahami kepentingan disiplin diri, pengurusan masa dan strategi belajar yang lebih berkesan. Pelajar menunjukkan penglibatan yang positif dan memberikan maklum balas yang baik terhadap pengisian sesi. Diharapkan sesi bimbingan berkelompok ini dapat membantu meningkatkan motivasi, disiplin diri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar secara keseluruhan.
by Kaunselor yati ... intervensi pelajar



No comments:
Post a Comment