Thursday, October 9, 2025

Kursus ‘AI & Machine Learning’

 










Nama program : Kursus ‘AI & Machine Learning’

Tarikh : 6-7 Oktober 2025 

Tempat : Bangi Resort Hotel

Penglibatan : 2 orang trainer Cytron Technologies Sdn Bhd dan 10 orang pensyarah jabatan DKR

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :


Kursus ‘AI & Machine Learning’ ini disampaikan oleh penceramah dari Cytron Technologies Sdn Bhd iaitu Cik Rupashri A/P Sathasivam dan dibantu oleh En. Kristisswaran Kathiresan. Kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah Jabatan Transmisi Data & Rangkaian, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dalam bidang teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence:AI) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning: ML). Kandungan kursus meliputi komponen teori dan praktikal secara menyeluruh. Antara topik yang dibincangkan termasuk teori mengenai AI, ML dan DL, di mana peserta diperkenalkan kepada konsep asas, jenis algoritma serta struktur rangkaian neural yang digunakan dalam pelbagai aplikasi. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teori dan amali penggunaan NVIDIA Jetson Orin Nano, sebuah platform AI berasaskan GPU yang digunakan untuk mempercepatkan pemprosesan model pembelajaran mesin. Melalui sesi ini, pensyarah mempelajari cara pemasangan, konfigurasi serta pembangunan aplikasi AI menggunakan NVIDIA Jetson Orin Nano. Kursus ini juga menekankan penggunaan OpenCV (Open Source Computer Vision Library), di mana peserta mempelajari teori dan aplikasi pemprosesan imej serta pengesanan objek. Dalam sesi amali, mereka melaksanakan projek asas seperti image detection dan object tracking menggunakan OpenCV. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada CUDA (Compute Unified Device Architecture) oleh NVIDIA, yang membolehkan pengkomputeran selari bagi mempercepatkan pemprosesan data AI. Sesi amali pula melibatkan aktiviti pembangunan model asas menggunakan dataset mudah untuk latihan klasifikasi dan regresi dengan bantuan perisian Python dan Jupyter Notebook. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pensyarah telah memahami konsep asas dan teknik lanjutan AI, ML dan DL. Penggunaan NVIDIA Jetson Orin Nano dan OpenCV juga berjaya diaplikasikan dengan baik dalam sesi latihan. Melalui program ini, jabatan telah berjaya mempertingkatkan keupayaan tenaga pengajar dalam penggunaan teknologi canggih dan memastikan pengajaran di MJII terus relevan dengan keperluan industri masa kini.

by Kj Azhar

No comments:

Post a Comment