Friday, October 17, 2025

Lawatan Industri Jabatan Data Transmission & Network ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC)

 







Nama program : Lawatan Industri Jabatan Data Transmission & Network ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC)

Tarikh : 15 Oktober 2025 

Tempat : Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Bukit Jalil

Penglibatan : 4 orang pensyarah jabatan DKR, 10 orang pelajar semester 4 (kelas Showa) dan 11 orang pelajar semester 2 (kelas Oka)

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem kawalan dan pemantauan pintar yang digunakan dalam pengurusan bandar. Sepanjang lawatan, peserta diberi taklimat mengenai fungsi dan operasi KLCCC termasuk sistem komunikasi data, pemantauan kamera trafik dan integrasi teknologi AI dalam rangkaian bandar pintar. Fungsi utama KLCCC ialah mengurus dan mengendalikan kamera pengawasan (CCTV) untuk pengurusan trafik dan pengurusan bandar serta pengurusan lampu isyarat di persimpangan jalan diseluruh Kuala Lumpur. Terdapat 5,000 CCTV dipasang disekitar Kuala Lumpur untuk tujuan pemantuan dan diantaranya terdapat CCTV AI. CCTV AI ini berfungsi untuk membantu pusat  operasi KLCCC menerima notifikasi berkenaan kemalangan, kesesakan, banjir dan lain-lain. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memperkukuh kefahaman pelajar terhadap aplikasi sebenar teknologi komunikasi dan rangkaian dalam dunia industri. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi pengalaman pembelajaran dan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan teknologi pintar dalam pengurusan bandar.

by Kj Azhar

No comments:

Post a Comment