Monday, August 7, 2023

Program Jom Bisnes MARA Negeri Selangor 2023

 










1. Nama Aktiviti : Program Jom Bisnes MARA Negeri Selangor 2023

2. Tarikh         :  6 Ogos 2023

3. Masa         : 8.30 pagi – 4.00 petang

4. Penganjur : PMN Selangor

5. Tempat : Dewan Harmoni, Kampung Sijangkang, Selangor 

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang telah membuka kaunter bagi memperkenalkan TVETMARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pelajar-pelajar dan penduduk di Kampung Sijangkang sempena Program 'Jom Bisnes Mara Negeri Selangor 2023' pada 6 Ogos 2023. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pameran oleh wakil dari pendidikan Institut Pendidikan MARA (IPMA), aktiviti keusahawanan dan juga penyampaian sumbangan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Petugas MJII iaitu Ketua Jabatan bagi Program Kejuruteraan Elektronik DKS (Robotik dan Automasi), Encik Ja'aris bin Samsudin, telah hadir bertugas mewakili MJII dan komited dalam menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang dan program di TVETMARA. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya merupakan intipati maklumat yang telah disalurkan dan disampaikan terus kepada pelajar dan guru-guru serta penduduk setempat yang hadir.

Makluman program pengajian di MJII Beranang, yang merupakan salah satu pusat pengajian TVET MARA terbaik dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh dilayari melalui pautan laman web http://mjii.kktm.edu.my/

#mjiiberanang

#tvetmara

#buildingtalentgeneratingfuture

#JomMasukKKTMMJIIIKM

by Kaunselor Hidayati

No comments:

Post a Comment