Tuesday, August 8, 2023

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Penjara Malaysia

 




1. Nama program : Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Penjara Malaysia

2. Tarikh : 5 Ogos 2023

3. Tempat : Muzium Penjara Malaysia, Melaka

4. Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Sasaran : 36 orang pelajar semester 1 hingga 5

6. Sinopsis : Muzium Penjara Malaysia merupakan bekas penjara Melaka yang diubahsuai menjadi muzium.

Program lawatan ini dirancangkan dan dikendalikan oleh Exco Disiplin dan Keselamatan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hukuman dan kehidupan di penjara.

Pelajar juga dapat melihat sendiri ruangan sel penjara yang sempit , tempat hukuman gantung serta cara hukuman sebatan dilakukan.

Program ini dapat memberi peringatan kepada pelajar agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.

Secara tidak langsung program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk mensyukuri kehidupan yang bebas.

by Asiq sensei

No comments:

Post a Comment