Tuesday, August 8, 2023

CSR Jabatan DKS - Sempena Karnival STEM SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang

 









1. Nama Program : CSR Jabatan DKS - Sempena Karnival STEM SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang


2. Tarikh : 7 Ogos 2023


3.  Masa : 8:00 pagi – 13.00 petang 


4. Tempat : Bengkel RBT 3, SMK BTK 


5. Anjuran : Jabatan Robotik & Automasi  dan SMK BTK 


6. Sinopsis/Keterangan :


Pihak  SMK BTK telah menjemput Jabatan Robotik & Automasi mengadakan satu bengkel Asas Robotik kepada 20 orang pelajar mereka bersempena dengan sambutan Minggu STEM.


Seramai 19 orang pelajar Jabatan Robotik telah menyertai CSR ini iaitu 12 orang daripada kelas Pikachu DKS 2A, 3 orang daripada kelas Sugoi DKS 1A dan 4 orang daripada kelas Shinken DKA 1B. Pelaksanaan bengkel ini adalah dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan pelajar-pelajar terbabit.


Peserta-peserta bengkel telah didedahkan cara membuat kenderaan robotik autonomous dengan kawalan Arduino dan Motor Driver.


Kemudian mereka diajar membina kenderaan robot dengan kawalan Arduino, Motor Driver dan PS2 remote controller.


Alhamdulillah, bengkel tersebut telah mendapat maklum balas yang baik daripada pihak peserta dan SMK BTK sendiri.

by Ismail sensei

No comments:

Post a Comment