Monday, August 21, 2023

Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA-Japan Industrial Institute Beranang 2023

 







1. Nama aktiviti : Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA-Japan Industrial Institute Beranang 2023

2. Tarikh:  1 - 3 Ogos 2023 

3. Masa : 8.30 pagi – 10.30 malam 

4. Anjuran : MJII

5. Tempat: RHR Hotel Kajang

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA (JKPAM) telah diadakan selama 3 hari bertujuan memantau, menilai serta membuat kajian semula program pengajian di MJII dimana ia perlu dilaksanakan bagi memastikan kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Seramai 12 orang panel telah dilantik sebagai panel akademik dan panel industri bagi menilai semula kurikulum dan mencadangkan kurikulum baru agar bersesuaian dengan perubahan masa dan kehendak pihak industri. Bengkel JKPAM ini juga membantu untuk menerapkan elemen profesionalisme kejuruteraan yang akan memenuhi aspirasi negara dalam meningkatkan kebolehpasaran di samping menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpendapatan tinggi selari dengan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR) Negara.

bu Nurhafizah Sensei

No comments:

Post a Comment