Sunday, July 30, 2023

WorldSkills ASEAN Singapore 2023

 








1. Nama Program : WorldSkills ASEAN Singapore 2023

2. Tarikh : 22-27 Julai 2023

3. Tempat : Suntec Singapore International Convention and Exhibition Centre, Singapore

4. Sinopsis / Keterangan ringkas :


13th WorldSkills ASEAN Competition Singapore 2023 telah mempertandingkan 22 bidang kemahiran termasuk CNC maintenance, Electrical Installation, Electronics, Industrial Automation, Industrial Control, Mechanical Engineering CAD, Mechatronics, Mobile Robotics, Refrigeration & Air conditioning, dan banyak lagi. 


Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 25 orang peserta telah menyertai 15 bidang kemahiran yang dipertandingkan dan berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 3 pingat perak, 5 pingat gangsa, 5 medallion dan 8 sijil penyertaan.


2 wakil peserta negara bidang Electronics dari MARA iaitu MOHAMMAD ABDUL WAHID BIN HARIS (MJII) dan NOR AINA NAJIHAH BINTI AHMAD HILMI (KKTM LEDANG) telah berjuang sedaya upaya dan berjaya memberi saingan yang sengit kepada semua peserta dari negara lain namun terpaksa berpuas hati dengan keputusan sijil penyertaan.


Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mewakili negara kerana telah menyahut cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga Malaysia terus cemerlang dan lebih berjaya di masa hadapan.

by Yusof sensei

No comments:

Post a Comment