Thursday, July 13, 2023

Program Pembangunan Pelajar Python Bootcamp

 








1. Nama Aktiviti: Program Pembangunan Pelajar Python Bootcamp

2. Tarikh: 4-8 Julai 2023

3. Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

4. Tempat: C Programming Lab

5. Penglibatan:20 orang pelajar Jabatan Embedded System

6. Synopsis/keterangan:


Python Bootcamp adalah satu program pembangunan pelajar yang julung-julung kalinya diadakan khasnya

untuk pelajar-pelajar Jabatan Embedded System.


Python,bahasa pengaturcaraan terkini telah menjadi trending serta mendapat permintaan 

yang tinggi di industri serta digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Contoh aplikasi penggunaan Python adalah seperti Machine Learning, Embedded Applications, Artificial Intelligence 

(AI), Pembangunan Aplikasi web dan sebagainya lagi.


Bagi memastikan ilmu dan kemahiran pelajar jabatan Embedded System selari dengan 

industri semasa, Python Bootcamp ini dilaksanakan dengan kerjasama 

strategik antara Syarikat MyInvent Technologies Sdn Bhd dan

Jabatan Embedded System.MyInvent Technologies Sdn Bhd melalui Ts Mohd Ariffin telah menyediakan 

modul latihan terkini serta telah memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar tentang pembangunan projek 

berasaskan Python,penggunaan platform IOT,Cloud Computing serta Python Middleware.


Selain itu,pendedahan projek terkini juga turut disertakan dalam Python Bootcamp iaitu

melalui perkongsian akademik oleh Pensyarah UiTM, Dr Mohd Saufy Rohamad dan

perkongsian industri oleh Jurutera Syarikat MIE Industrial Sdn Bhd,Ts Azwan bin Ramli.

Turut serta adalah En Mohamad Haziq bin Ahmad Yusri,founder & CEO Shark Centre yang merupakan pakar

Augumented Reality/Virtual Reality.

by Azrina sensei

No comments:

Post a Comment