Wednesday, July 26, 2023

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai-Disember 2023

 













1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai-Disember 2023

2. Tarikh:  24-25 Julai 2023

3. Tempat: Hyogo Hall, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 148 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disepanjang MSR bagi meraikan para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang MSR ialah: Sesi bersama Pengurusan MJII, Slot bersama MPP, Taklimat bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am,Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Pembudayaan Jepun, Taklimat Perpustakaan, Taklimat Koperasi dan Slot Kerohanian. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by Fathiyah sensei

No comments:

Post a Comment