Friday, July 7, 2023

Sesi Libat Urus bersama Pengarah MJII Bil. 2/2023

 







1. Program: Sesi Libat Urus bersama Pengarah MJII Bil. 2/2023

2. Tarikh: 07 Julai 2023 (Jumaat)

3. Masa: 10:30 pagi  – 12:15 tengahari

4. Tempat: Tokyo Hall, MJII Beranang

5. Penganjur Program: Jabatan Pengajian Am

6. Sinopsis/keterangan:


Sesi Libat Urus 2/2023 bersama Pengarah MJII Beranang Ts. Dr. Mahazani bin Ali telah dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan di atas. 


Ini merupakan sesi libat urus pertama Ts. Dr. Mahazani bersama warga MJII setelah dilantik sebagai Pengarah MJII.


Tn. Pengarah memaklumkan Pelan Strategik MJII 2023 akan diteruskan seperti yang telah dirancang.


Tn. Pengarah juga berkongsi tentang intipati daripada buku “Good to Great” untuk diterapkan di MJII yang mana, 3 faktor utama dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi itu adalah: 1) Disciplined people, 2) Disciplined thought 3) Disciplined action.


Pada sesi ini juga, pemberian penghargaan kepada warga kerja MJII Beranang iaitu Anugerah Staf Akademik dan Pentadbiran Terbaik bagi bulan Februari, Mac, April, Mei dan Jun 2023 dan penyampaian royalti kepada para penulis dari kalangan warga kerja MJII Beranang telah diadakan.


Di akhir sesi, Tn. Pengarah telah berkongsi video pendek berkenaan teamwork & leadership agar dapat memberi inspirasi kepada semua warga kerja MJII Beranang untuk sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi memacu kejayaan yang lebih baik dan cemerlang untuk MJII.

by Fazliani sensei

No comments:

Post a Comment