Thursday, August 14, 2025

Pertandingan KAMIL ( Program Kemahiran Amal Islami) Negeri Selangor

 





1. Nama aktiviti:  Pertandingan KAMIL ( Program Kemahiran Amal Islami) Negeri Selangor

2. Tarikh:  9/8/2025

3. Tempat:  Sekolah Rendah Agama As Sidiqqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

4. Penglibatan:

         1 Staf MJII  

Pada 10 Jun 2025, Pihak Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang (Sraipb) telah memohon tenaga pakar microbit dari MJII untuk menyertai KAMIL peringkat Negeri Selangor anjuran JAIS. Latihan intensif ini telah dibimbing oleh Sensei Azrul Erdy B Zakaria. Walaupun murid sraipb berlatarbelakangkan sekolah agama, hasil latihan insentif selama 2bulan,  2 orang pelajar dari sraipb telah merangkul tempat kedua bagi kategori programming microbit bg keseluruhan Selangor. Diharap kejayaan ini menarik minat murid sraipb untuk belajar di MJII kelak.

By Azrul sensei

Monday, August 11, 2025

Lawatan daripada syarikat Bambis Sdn Bhd. dan guru daripada Toyo Univesity High School, Ibaraki

 






1. Nama Aktiviti: Lawatan daripada syarikat Bambis Sdn Bhd. dan guru daripada Toyo Univesity High School, Ibaraki

2. Tarikh: 29 Julai 2025 & 31 Julai 2025

4. Penglibatan:  JK Pembudayaan Jepun 

5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti : 


Bambis Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi yang  menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar Jepun yang ingin menetap atau melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Dalam lawatan ini, Ms. Mari Kimura daripada Bambis Sdn. Bhd. telah membawa dua orang guru dari Toyo University High School, Ibaraki, ke MJII. Lawatan ini juga merupakan kunjungan balas, memandangkan pelajar MJII telah terlibat dalam aktiviti bersama pelajar dari sekolah tersebut di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan MJII yang disampaikan oleh En. Mohd Najwan. Seterusnya, tetamu dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di MJII seperti Dewan Hyogo, kafeteria, perpustakaan, bilik kuliah, dan Galeri Narita.

Melalui lawatan ini, pihak Bambis Sdn. Bhd. berbesar hati untuk terus bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti bersama pelajar MJII pada masa akan datang. Guru dari Toyo University High School juga amat mengalu-alukan kehadiran pelajar MJII sekiranya ingin mengadakan lawatan ke sekolah mereka.

Kesimpulannya, lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama antara MJII dan pihak luar, malah turut membuka peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan penguasaan bahasa Jepun yang telah dipelajari.

by sensei Fazliani

Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah dari Jepun

 













1. Nama Aktiviti: Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah dari Jepun

2. Tarikh: 29 Julai 2025 & 4 Ogos 2025

4. Penglibatan:  Unit Bahasa Jepun &  4 orang pelajar ( 29 Julai 2025), 10 orang pelajar (4 Ogos 2025)

5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti : 

Syarikat Bambis Sdn. Bhd., iaitu sebuah agensi yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar Jepun yang ingin menetap atau melanjutkan pelajaran di Malaysia, telah menjemput pelajar MJII untuk menyertai aktiviti bersama pelajar sekolah menengah dari Jepun yang datang melawat Kuala Lumpur. Pelajar dari Jepun tersebut adalah dari Toyo University High School, Ibaraki (29 Julai 2025) dan Tokyo Denki University Junior & Senior High School (4 Ogos 2025).

Dalam aktiviti ini, pelajar MJII bertindak sebagai pemandu arah dengan membawa kumpulan pelajar Jepun melawat empat menara utama di Kuala Lumpur, iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC), The Exchange 106 (TRX), dan Merdeka 118. Di setiap lokasi, pelajar Jepun perlu menjalankan tugasan menemubual orang awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan menara yang dilawati. Pelajar MJII berperanan sebagai pemudah cara bagi membantu pelajar Jepun berinteraksi dengan orang tempatan dalam bahasa Inggeris.

Pengalaman ini menjadi peluang yang amat berharga kepada pelajar MJII untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri. Pihak Bambis Sdn. Bhd. turut menyatakan rasa puas hati terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar MJII, dan berhasrat untuk meneruskan penganjuran aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.

Kesimpulannya, aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar MJII untuk mengaplikasikan kemahiran bahasa Jepun yang dipelajari dalam situasi sebenar, memperluas jaringan kenalan dengan orang Jepun, serta memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelajar Jepun.

by sensei Fazliani

Saturday, August 9, 2025

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab MJII Go Green

 









1.Aktiviti: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab MJII Go Green

2.Tarikh: 5 Ogos 2025 (Selasa) 

3.Tempat: Shizuoka Library MJII

4.Penglibatan: 1 sensei dan 22 pelajar. 

5.Sinopsis:

Kelab MJII Go Green telah membuat lantikan rasmi Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK baharu secara rasmi bagi menggantikan ahli jawatankuasa interim sejak kelulusan penubuhannya pada 22 Julai 2025 sempena Majlis Penutup Minggu Silaturrahim (MSR). Penubuhan kelab ini bertujuan untuk menyokong perlaksanaan Program Amalan Hijau TVET@KKDW dari kalangan para pelajar MJII. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kelab ini merangkumi lawatan sambil belajar ke industri serta institusi berkaitan dengan teknologi hijau, program CSR bersama komuniti, kempen kesedaran alam sekitar dan menyertai pertandingan berkaitan kelestarian. Kesemua 22 pelajar ini merupakan keahlian pertama untuk kelab ini dan permohonan untuk menjadi ahli kelab akan sentiasa terbuka bagi melancarkan sebarang program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

by Sensei Alifudin

Tuesday, August 5, 2025

Program Future Leaders Fellowship

 




1. Nama Aktiviti: Program Future Leaders Fellowship

2. Tarikh: 11-13 Julai 2025 

3. Tempat: Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)

4. Jumlah Pelajar: 40 orang

5. Sinopsis Aktiviti:

Program Future Leaders Fellowship Camp merupakan satu program kem kepimpinan yang melibatkan 40 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar, Ahli Perwakilan Pelajar dan Ahli Jawatankuasa kelab-kelab. Program ini dianjurkan untuk membina pelajar yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta menerapkan nilai kepimpinan dalam diri pelajar. Program ini diadakan selama dua hari yang bertempat di Kuala Selangor Cabin Camp. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Team Building, Latihan dalam kumpulan, Rentas halangan dan lain-lain.

by Ustaz Azim

Monday, August 4, 2025

Kejohanan Silat Pra Sukma Pesaka Hulu Langat 2025

 







1. Nama aktiviti: Kejohanan Silat Pra Sukma Pesaka Hulu Langat 2025

2. ⁠Tarikh: 2-3 Ogos 2025

3. ⁠Tempat: Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang, Selangor

4. ⁠Penglibatan: 

1 orang staf: Ts. Mohd Asiq bin Hamdi (Penyelaras Silat MJII)

2 orang jurulatih:

Mohd Asyraf Bazli bin Mohd Suhaimi

Muhammad Syahid bin Ruzaidi

18 orang pelajar (atlet silat MJII)

5. Sinopsis aktiviti:


Penyertaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada atlet silat MJII dalam suasana kejohanan sebenar serta sebagai medan pemilihan dan persediaan ke arah Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) dan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.

Kejohanan ini menjadi platform yang sangat bermakna dalam meningkatkan daya saing, semangat juang, dan disiplin dalam kalangan atlet silat MJII. Pencapaian yang diperoleh membuktikan komitmen tinggi para peserta serta kecekapan barisan jurulatih dalam membimbing pasukan. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.


Pesilat MJII telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan meraih 6 pingat dalam pelbagai kategori:


🏆 Pencapaian Kejohanan Silat Pra Sukma Pesaka Hulu Langat 2025

🔹 Pingat Emas

🥇 Khairi Hafizin bin Kamalruzzaman (Kelas U45)


🔹 Pingat Perak

🥈 Muhammad Izzhar Izzani bin Mohd Yusof (Kelas C)

🥈 Mohd Aqil Danish bin Mohd Azman (Kelas H)

🥈 Noraula binti Mohd Asri (Kelas F)


🔹 Pingat Gangsa

🥉 Aisyah binti Mohd Shaifudin (Kelas G)

🥉 Nur Arissya Danea binti Mohd Nazrul Aiza (Kelas C)

by Asiq sensei

Monday, July 28, 2025

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2025

 



















1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2025

2. Tarikh:  21 & 22 Julai 2025

3. Tempat: Wasenta, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


 Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program  pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian dan persekitaran di MJII. Seramai 200 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi Julai-Disember 2025. MSR sesi ini dijalankan selama 2 hari . Antara   aktiviti yang dijalankan semasa MSR adalah taklimat-taklimat penting bagi mendedahkan pelajar baharu di MJII.  Antara taklimat tersebut ialah  Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am, Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Perpustakaan, dan Taklimat Koperasi . Pelajar baharu juga dibawa melawat persekitaran MJII sebelum kelas bermula. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by Hamirah sensei