1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai 2025
2. Tarikh: 21 & 22 Julai 2025
3. Tempat: Wasenta, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin
4. Sinopsis/keterangan ringkas:
Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian dan persekitaran di MJII. Seramai 200 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi Julai-Disember 2025. MSR sesi ini dijalankan selama 2 hari . Antara aktiviti yang dijalankan semasa MSR adalah taklimat-taklimat penting bagi mendedahkan pelajar baharu di MJII. Antara taklimat tersebut ialah Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am, Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Perpustakaan, dan Taklimat Koperasi . Pelajar baharu juga dibawa melawat persekitaran MJII sebelum kelas bermula. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.
by Hamirah sensei
No comments:
Post a Comment