1. Nama Aktiviti: Lawatan daripada syarikat Bambis Sdn Bhd. dan guru daripada Toyo Univesity High School, Ibaraki
2. Tarikh: 29 Julai 2025 & 31 Julai 2025
4. Penglibatan: JK Pembudayaan Jepun
5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :
Bambis Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar Jepun yang ingin menetap atau melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Dalam lawatan ini, Ms. Mari Kimura daripada Bambis Sdn. Bhd. telah membawa dua orang guru dari Toyo University High School, Ibaraki, ke MJII. Lawatan ini juga merupakan kunjungan balas, memandangkan pelajar MJII telah terlibat dalam aktiviti bersama pelajar dari sekolah tersebut di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2025.
Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan MJII yang disampaikan oleh En. Mohd Najwan. Seterusnya, tetamu dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di MJII seperti Dewan Hyogo, kafeteria, perpustakaan, bilik kuliah, dan Galeri Narita.
Melalui lawatan ini, pihak Bambis Sdn. Bhd. berbesar hati untuk terus bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti bersama pelajar MJII pada masa akan datang. Guru dari Toyo University High School juga amat mengalu-alukan kehadiran pelajar MJII sekiranya ingin mengadakan lawatan ke sekolah mereka.
Kesimpulannya, lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama antara MJII dan pihak luar, malah turut membuka peluang kepada pelajar untuk memanfaatkan penguasaan bahasa Jepun yang telah dipelajari.
by sensei Fazliani
No comments:
Post a Comment