1. Nama Aktiviti: Aktiviti Bersama Pelajar Sekolah Menengah dari Jepun
2. Tarikh: 29 Julai 2025 & 4 Ogos 2025
4. Penglibatan: Unit Bahasa Jepun & 4 orang pelajar ( 29 Julai 2025), 10 orang pelajar (4 Ogos 2025)
5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :
Syarikat Bambis Sdn. Bhd., iaitu sebuah agensi yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar Jepun yang ingin menetap atau melanjutkan pelajaran di Malaysia, telah menjemput pelajar MJII untuk menyertai aktiviti bersama pelajar sekolah menengah dari Jepun yang datang melawat Kuala Lumpur. Pelajar dari Jepun tersebut adalah dari Toyo University High School, Ibaraki (29 Julai 2025) dan Tokyo Denki University Junior & Senior High School (4 Ogos 2025).
Dalam aktiviti ini, pelajar MJII bertindak sebagai pemandu arah dengan membawa kumpulan pelajar Jepun melawat empat menara utama di Kuala Lumpur, iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC), The Exchange 106 (TRX), dan Merdeka 118. Di setiap lokasi, pelajar Jepun perlu menjalankan tugasan menemubual orang awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan menara yang dilawati. Pelajar MJII berperanan sebagai pemudah cara bagi membantu pelajar Jepun berinteraksi dengan orang tempatan dalam bahasa Inggeris.
Pengalaman ini menjadi peluang yang amat berharga kepada pelajar MJII untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri. Pihak Bambis Sdn. Bhd. turut menyatakan rasa puas hati terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar MJII, dan berhasrat untuk meneruskan penganjuran aktiviti seumpama ini pada masa akan datang.
Kesimpulannya, aktiviti ini telah memberi peluang kepada pelajar MJII untuk mengaplikasikan kemahiran bahasa Jepun yang dipelajari dalam situasi sebenar, memperluas jaringan kenalan dengan orang Jepun, serta memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelajar Jepun.
by sensei Fazliani
No comments:
Post a Comment