Friday, October 17, 2025

MJII - KEPUTUSAN SKOLAR SUMMIT 2025

 

LAPORAN PENYERTAAN DAN KEPUTUSAN SKOLAR SUMMIT 2025, 12 OKTOBER 2025 DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE (BACC)


1. Skolar Trailblazer Award (STA) Terbuka

Jumlah penyertaan: 20 projek

Pencapaian:

Emas: 6 projek

Perak: 6 projek

Gangsa: 8 projek

Anugerah Best of the Best:

🏆 “The Next Shift - Sentuh+”

Pemenang: Fadzlina binti Mokhtar (KKTM Kuantan) & Farah Suhana binti Mansor (BKT)

Hadiah: RM10,000


2. Skolar Trailblazer Award (STA) x MARA

Jumlah penyertaan keseluruhan: 8 projek


Emas - PdP Switchboard (InspireX) - BKT merangkap Pemenang Keseluruhan STA x MARA - RM10,000


Emas - Flash Blitz (Savvy Spark Sisters) - BPM


Perak C2C (Flexihive) - BPM


Perak ReFlit (Edunamika) - BPT


Perak Flip (STEMore) - BPM


Gangsa AIDCM (AI Driven Industry Challenge Model) - BKT


Gangsa iCAN-PBL - BPT


Gangsa Edu-Quest: Mission Possible - BPM


3. Pencapaian TVETMARA


🏅 Emas (Pemenang Keseluruhan STA x MARA – RM10,000)

Projek: PdP Switchboard (InspireX)

Ahli Pasukan:

Farah Suhana binti Mansor (BKT)

Fadzlina binti Mokhtar (KKTM Kuantan)

Siti Nurin Ima binti Ahmad (IKMKL)

Asrul Efendi bin Hassan (IKM Lumut)

Azrul Naim bin Azhar (IKM Jasin)


🥉 Gangsa

Projek: AIDCM (AI Driven Industry Challenge Model) – Tech-Unity Team

Ahli Pasukan:

Al Dinnul Firdausi binti Mohamad Ibrahim (KKTM Sri Gading)

Mohd Salman bin Ghazli @ Ghazali (IKM Sik)

Raja Nor Marini binti Raja Salleh Alzaman (BKT)

Ts. Mohd Nazrul Ikram bin Mohd Atan (KKTM Kuantan)

Siti Hajar binti Raman (MJII)


Rumusan


Penyertaan institusi TVETMARA dalam Skolar Summit 2025 menunjukkan pencapaian cemerlang dengan pengiktirafan tertinggi melalui kemenangan Best of the Best (Sentuh+) dan Pemenang Keseluruhan STA x MARA (PdP Switchboard), masing-masing membawa pulang RM10,000.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan inovasi digital dan kolaborasi institusi TVETMARA terus berkembang selaras dengan agenda transformasi digital TVETMARA yang ternyata berimpak tinggi.

Thursday, October 9, 2025

Kursus ‘AI & Machine Learning’

 










Nama program : Kursus ‘AI & Machine Learning’

Tarikh : 6-7 Oktober 2025 

Tempat : Bangi Resort Hotel

Penglibatan : 2 orang trainer Cytron Technologies Sdn Bhd dan 10 orang pensyarah jabatan DKR

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :


Kursus ‘AI & Machine Learning’ ini disampaikan oleh penceramah dari Cytron Technologies Sdn Bhd iaitu Cik Rupashri A/P Sathasivam dan dibantu oleh En. Kristisswaran Kathiresan. Kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah Jabatan Transmisi Data & Rangkaian, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dalam bidang teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence:AI) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning: ML). Kandungan kursus meliputi komponen teori dan praktikal secara menyeluruh. Antara topik yang dibincangkan termasuk teori mengenai AI, ML dan DL, di mana peserta diperkenalkan kepada konsep asas, jenis algoritma serta struktur rangkaian neural yang digunakan dalam pelbagai aplikasi. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada teori dan amali penggunaan NVIDIA Jetson Orin Nano, sebuah platform AI berasaskan GPU yang digunakan untuk mempercepatkan pemprosesan model pembelajaran mesin. Melalui sesi ini, pensyarah mempelajari cara pemasangan, konfigurasi serta pembangunan aplikasi AI menggunakan NVIDIA Jetson Orin Nano. Kursus ini juga menekankan penggunaan OpenCV (Open Source Computer Vision Library), di mana peserta mempelajari teori dan aplikasi pemprosesan imej serta pengesanan objek. Dalam sesi amali, mereka melaksanakan projek asas seperti image detection dan object tracking menggunakan OpenCV. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada CUDA (Compute Unified Device Architecture) oleh NVIDIA, yang membolehkan pengkomputeran selari bagi mempercepatkan pemprosesan data AI. Sesi amali pula melibatkan aktiviti pembangunan model asas menggunakan dataset mudah untuk latihan klasifikasi dan regresi dengan bantuan perisian Python dan Jupyter Notebook. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pensyarah telah memahami konsep asas dan teknik lanjutan AI, ML dan DL. Penggunaan NVIDIA Jetson Orin Nano dan OpenCV juga berjaya diaplikasikan dengan baik dalam sesi latihan. Melalui program ini, jabatan telah berjaya mempertingkatkan keupayaan tenaga pengajar dalam penggunaan teknologi canggih dan memastikan pengajaran di MJII terus relevan dengan keperluan industri masa kini.

by Kj Azhar

Monday, October 6, 2025

The 11th Nihongo Taiken Contest in Kuala Lumpur

 





Nama Aktiviti : The 11th Nihongo Taiken Contest in Kuala Lumpur

Tarikh : 5 Oktober 2025 (Sabtu)

Penglibatan : Pensyarah Bhs Jepun

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Pertandingan Speech Contest Jepun kali ke-11 ini adalah anjuran Kyouritsu International Foundation, Japan. MJII telah menghantar tiga (3) orang wakil pelajar untuk menyertai speech. Tujuan penyertaan adalah untuk menarik minat dan mengukuhkan penguasaan bahasa Jepun di kalangan pelajar selain menimba pengalaman dalam menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

by sensei Norilawati

Thursday, October 2, 2025

22nd International Conference on Japanese Language Education in Malaysia (ICJLEM 2025)

 







Nama Aktiviti : 22nd International Conference on Japanese Language Education in Malaysia (ICJLEM 2025)

Tarikh : 27 September 2025 (Sabtu)

Tempat : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Penglibatan : Pn. Norila Wati, Pn. Nurhana dan Cik Fadzliani

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Persidangan antarabangsa ini dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) dan anjuran bersama Pihak Kedutaan Jepun di Malaysia serta Japan Foundation Kuala Lumpur. Persidangan ini dihadiri para peserta dari dalam dan luar negara seperti dari Jepun, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Ia bertujuan menyediakan platform kepada para pengajar dan penyelidik bahasa Jepun dari Malaysia dan luar negara untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam pendidikan bahasa Jepun, bertukar pengalaman pengajaran dan membentangkan inovasi dalam kaedah pengajaran bahasa Jepun di negara masing-masing. 3 orang tenaga pengajar subjek Bahasa Jepun iaitu Pn. Norila Wati, Pn. Nurhana dan Cik Fadzliani telah membentangkan salah satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diamalkan di MJII dengan menggunakan aplikasi Classpoint di dalam Powerpoint. Kaedah ini dibuktikan bukan sahaja meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas, tetapi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan melalui pendekatan gamifikasi. Ia sesuai digunakan dalam kelas fizikal mahupun kelas dalam talian. Semoga perkongsian kaedah PdP ini memberi manafaat kepada para pendidik yang lain.

by sensei Norilawati

Penggambaran di MARA – Japan Industrial Institute (MJII) Beranang untuk Rancangan Khas Belanjawan 2026.

 





1. Nama Aktiviti:

Penggambaran di MARA – Japan Industrial Institute (MJII) Beranang untuk Rancangan Khas Belanjawan 2026.

Bahagian Berita Ehwal Semasa akan menerbitkan rancangan khas ini yang akan bersiaran secara langsung di saluran TV1, TV2 dan Saluran Berita RTM.

2. Tarikh: 25 September 2025 (Khamis)

3. Tempat:

-Cleanroom

-Mechanical Lab

-Electronic Workshop Lab, MJII

4. Penglibatan:

-Pelajar Semester 5

-Pelajar Semester 1

-Staf DKM dan DKS


5. Sinopsis Aktiviti:

Penggambaran ini bertujuan menonjolkan peranan MJII sebagai institusi TVET berteraskan teknologi semasa, khususnya dalam bidang semikonduktor dan elektronik bersepadu (IC Fabrication, IC packaging, IC Failure Analysis, cleanroom operations, advanced materials, dan automation systems). Rakaman ini akan dijadikan sebahagian daripada Rancangan Khas Belanjawan 2026 bagi mengetengahkan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh ekosistem TVET semikonduktor negara.


Aktiviti ini bukan sahaja merakam suasana pembelajaran hands-on di fasiliti berteknologi tinggi MJII, tetapi juga menekankan peluang besar yang bakal diperoleh graduan TVET dalam sektor semikonduktor. Ia selari dengan fokus Belanjawan 2026 untuk memperluas akses latihan kemahiran, melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan memperkukuh daya saing Malaysia sebagai hab global dalam industri semikonduktor.

by sensei Ezad

Wednesday, October 1, 2025

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN DELEGASI KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

 




Nama Aktiviti : LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN DELEGASI KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA 

Tarikh : 26 & 27 September

Tempat : UniKL MSI & Universiti Teknologi Petronas

Penglibatan : MPP dan APP

Sinopsis / Keterangan Aktiviti : Lawatan Kunjungan Hormat dan Delegasi ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta ini telah diadakan pada 26 dan 27 September bertempat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).


Program ini melibatkan penyertaan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Ahli Perwakilan Pelajar (APP) serta Ahli Jawatankuasa Kelab dengan objektif utama untuk menjalinkan hubungan kerjasama, bertukar pandangan serta mendapatkan pendedahan mengenai kepimpinan pelajar dan pengurusan organisasi di institusi pengajian tinggi lain.


Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang menimba pengalaman baharu, berkongsi idea serta membina jaringan kerjasama yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembangunan kepimpinan pelajar dan pengurusan aktiviti di MARA Japan Industrial Institute.

by Ustaz Azim