Saturday, December 21, 2024

MESYUARAT BERSAMA PANEL PENASIHAT INDUSTRI (IAP) BAGI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PENGUKURAN ELEKTRONIK & KAWALAN)

 









Nama Aktiviti: MESYUARAT BERSAMA PANEL PENASIHAT INDUSTRI (IAP) BAGI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PENGUKURAN ELEKTRONIK & KAWALAN)

Tarikh: 06hb Disember 2024

Anjuran: Jabatan Electronics Measurement & Control

Tempat: Bilik Okinawa

Penglibatan:    1. Semua Tenaga Pengajar Jabatan DKC

                        2. En.Muhammad Bin Hishamuddin (TM Research & Development Sdn Bhd) 

                        3.Hj. Mohd Shazlan Bin Mohd Anwar (NI Instruments)

Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

1. Tujuan Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklum balas, dan cadangan daripada panel industri berkaitan relevansi silibus Diploma Kejuruteraan dengan keperluan industri semasa. Hal ini penting untuk memastikan graduan memiliki kemahiran teknikal dan soft skills yang selaras dengan kehendak majikan.


2. Aktiviti Utama

o Pembentangan Silibus: Wakil akademik membentangkan silibus terkini termasuk kursus teras, elektif, dan latihan industri.

o Sesi Perbincangan: Panel memberikan maklum balas tentang elemen silibus yang relevan atau perlu ditambah baik.

o Cadangan Penambahbaikan: Fokus kepada penekanan pada teknologi terkini, penggunaan perisian moden, dan latihan amali.

o Pembangunan Soft Skills: Panel mencadangkan penekanan pada kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, dan kerja berpasukan.


3. Hasil dan Kesimpulan

o Penambahbaikan silibus termasuk pengenalan kursus baharu seperti Electrical Wiring dan VIDA 

o Memperluaskan rangkaian kolaborasi dengan industri untuk latihan praktikal ,peluang pekerjaan dan visiting lecturer daripada IAP.

o Silibus akan diselaraskan secara berkala dengan input daripada panel industri.


Aktiviti ini menunjukkan komitmen program terhadap memastikan silibus sentiasa relevan dengan kehendak industry dan penghasilan graduan yang berdaya saing di pasaran kerja global.

by Achnas sensei

No comments:

Post a Comment