1. Nama Program : Malam Apresiasi Alumni YSS dan Pelantikan Ejen Perpaduan Negara
2. Tarikh : 21 Disember 2024
3. Masa : 8.00 - 11.00 pm
4. Tempat : Vivatel Hotel, Kuala Lumpur
5. Penganjur : Yayasan Sukarelawan Siswa
6. Sinopsis/Keterangan :
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), telah menganjurkan Malam Apresiasi Alumni YSS dan Pelantikan Ejen Perpaduan Negara bersempena Program Pembangunan Kepimpinan Kesukarelawan (Volunteer Leadership Development Programme - VLDP) bagi tahun 2024 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Disember 2024 di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, dengan tema "Memupuk Ekosistem Sukarelawan Alumni YSS yang Lestari."
Majlis perasmian VLDP 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YSS, bagi meraikan pencapaian cemerlang 150 alumni sukarelawan YSS yang aktif dalam pelbagai program kesukarelawanan sepanjang tahun 2024.
Seorang pelajar dari MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Saudara Muhammad Aiman Zafran bin Azlin, turut diraikan pada malam tersebut dan telah dilantik sebagai Ejen Perpaduan Negara, mewakili alumni YSS yang berperanan dalam memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui inisiatif kesukarelawanan.
Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Aiman Zafran atas penghargaan yang diterima. Semoga dengan pelantikan ini, beliau menjadi sumber inspirasi kepada belia yang lain untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui kesukarelawanan.
by Kj Zalina
No comments:
Post a Comment