Friday, December 13, 2024

Kursus IOT Wireless Communication Training System

 








Nama Aktiviti: Kursus IOT Wireless Communication Training System

Tarikh: 02-05hb Disember 2024

Anjuran: Jabatan Embedded System

Tempat: Embedded Application Lab,MARA-Japan Industrial Institute

Penglibatan: Semua Tenaga Pengajar Jabatan Embedded System


Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:

Kursus ini memperkukuhkan kemahiran menggunakan alatan dan perkakasan teknologi terkini Internet of Things (IOT) di kalangan tenaga pengajar seiring dengan perkembangan semasa IR4.0. Kaedah Penyampaian dan Pembelajaran( PdP) bagi Kursus Wireless Embedded Devices akan menjadi lebih menarik dan lebih efisien dengan penggunaan peralatan terkini dan lebih canggih.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang dilantik iaitu En Mohamad Hafezi Ramli, selaku Professional Certified Instructor daripada keysight. Kursus ini telah diadakan selama 4 hari dan telah dihadiri oleh semua Pensyarah Jabatan Sistem Terbenam MJII. 

Melalui Kursus ini, peserta telah diberi pendedahan untuk membangunkan aplikasi IoT dengan pelbagai jenis sambungan tanpa wayar  melalui beberapa siri amali seperti Analyzing Bluetooth Low Energy (LE) Protocol for Low Power IoT Devices, Analyzing the Range and Coexistence of Low Power Long Range Communications (LoRa) dan sebagainya.

by sensei Norhamimi

No comments:

Post a Comment