Friday, April 19, 2024

Program Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau

 









1. Nama aktiviti:  Program Upskilling Elevating Education: A Journey Through Digital Transformation dalam memperkasa Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau

2. Tarikh: 18 April 2024 (Khamis)

3. Tempat: Dewan Sinan, KKTM Rembau

4. Penglibatan:  58 Pensyarah KKTM Rembau

5. Anjuran : JK Jaminan Kualiti (Akademik), KKTM Rembau

6. Sinopsis: 

JK Jaminan Kualiti Akademik KKTM Rembau telah mengadakan Program Upskilling Elevating Education: A Journey Through Digital Transformation dalam memperkasa Teknik Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pendigitalan PdP TVET MARA di KKTM Rembau. Program mengandungi 2 slot. Slot 1 adalah berkenaan Classpoint Apps telah disampaikan oleh 2 orang pensyarah MARA-Japan Industrial Institute, iaitu Pn Nur Amalina binti Zainal (ClassPoint School Coach) dan Pn Norila Wati binti Ahmad Nawari (Classpoint Certified Educator).

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk reskilling dan upskilling pengajar KKTM Rembau kea rah pendigitalan yang setaraf dengan kehendak masa kini. Sesi penyampaian ini berkonsepkan strategi FGP (Faham-Guna-Pakai)

Faham – Apakah itu Classpoint, Interaktive mode, konsep gamification dan icon2.

Guna – Sesi tutorial menunjukkan satu persatu bagaimana setting dan implementation.

Pakai – Pensyarah diberi tugas untuk membuat PPT sendiri dan yang terpilih berkongsi apa yang telah dibina.

Sebagai tanda penghargaan, slot ini juga memberi ruang kepada semua pensyarah KKTM Rembau yang terlibat untuk mendapatkan sijil ClassPoint Certified Educator.

Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah yang terlibat untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran Teknik pengajaran masing-masing dalam menyambut baik PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara lebih berkesan.

by Sensei Amalina

No comments:

Post a Comment