Monday, April 29, 2024

Lawatan Industri Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian ke ‘Huawei Customer Solution Innovation Center (CSIC)’

 








1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian ke ‘Huawei Customer Solution Innovation Center (CSIC)’

2. Tarikh: 25 April 2024 (Khamis)

3. Tempat: ‘Huawei Customer Solution Innovation Center (CSIC)’, Menara Integra, Kuala Lumpur.

4. Penglibatan:  1 orang pensyarah dan 12 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 1 orang pensyarah dan 12 orang pelajar dari semester 3 Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian (Kelas Naruto) telah menghadiri lawatan industri ke Huawei CSIC di Kuala Lumpur. Lawatan ini disambut oleh En Hadzry bin Rajab (Account Director-Malaysia Enterprise Business Department) dan beberapa kakitangan yang lain. Pensyarah dan pelajar diterangkan berkenaan beberapa produk dan pameran aplikasi yang ada disekitar Huawei CSIC. Antaranya terdapat pameran aplikasi untuk kegunaan orang awam seperti mesin penimbang berat sayur-sayuran dan buah-buahan automatik dan mesin layan diri (vending machine) yang mengunakan teknologi kamera (machine learning). Selain daripada itu, aplikasi diperingkat industri juga dipamerkan seperti ‘Huawei’s 5G Solutions, Smart Cities, Huawei’s Smart Education System’ dan banyak lagi. Produk ‘Enterpise Networking’ yang terkini keluaran Huawei turut dipamerkan seperti ‘Data Center Switches, ‘WLAN’ dan ‘Routers’. Selain daripada itu, perbincangan mengenai peluang kerjasama dengan pihak Huawei telah diadakan seperti peluang pelajar jabatan DKR menjalani latihan industri, peluang pekerjaan dan sesi perkongsian kepakaran kepada pelajar. Semoga program ini dapat memberi pengetahuan kepada pelajar berkenaan teknologi terkini diindustri.

by Sensei Hajar

No comments:

Post a Comment