Friday, April 26, 2024

LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE MJII BERSEMPENA PROGRAM RUMPUN SELANGOR BAGI DAERAH HULU LANGAT

 












LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII) BERSEMPENA PROGRAM RUMPUN SELANGOR BAGI DAERAH HULU LANGAT
Tarikh : 25 April 2024
Hari : Khamis
Masa : 4.30 petang
Program Rumpun Selangor merupakan program yang julung kalinya diadakan. Ia merupakan siri jelajahan Raja Muda Selangor ke sembilan daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan daerah kedua yang dilawati oleh DYTM Tuanku setelah Hulu Selangor.
Dalam sesi jelajah ke Hulu Langat, MARA-Japan Industrial Institute (MJII) merupakan salah satu destinasi persinggahan DYTM Tuanku untuk mendekati rakyat terutamanya anak-anak pelajar. Konvoi motosikal DYTM Tuanku Raja Muda Selangor tiba di perkarangan lobi MJII sekitar jam 5 petang bersama-sama Orang Besar Istana, YB Exco, Pegawai Daerah Hulu Langat, Yang di-pertua MPKJ, OCPD Kajang dan penduduk kampung.
Setibanya Tuanku di MJII, beliau disajikan dengan paluan gendang jepun, seterusnya tarian kipas dan payung daripada pelajar-pelajar MJII. Tuanku seterusnya dibawa ke Bilik Narita dimana ditunjukan projek yang dijalankan oleh sensei MJII sebelum sesi bergambar bersama kakitangan dan para pelajar MJII.
Tuanku meninggalkan perkarangan lobi MJII sekitar jam enam petang.

DIPETIK DPD FACEBOOK MJII


No comments:

Post a Comment