Wednesday, December 13, 2023

Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke CEDEC Bayan Lepas Pulau Pinang.

 










1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke CEDEC Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. Tarikh: 4 Disember 2023 -  (Isnin-3ptg)

3. Tempat: CEDEC, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKM dan 20 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 20 orang pelajar dari semester 5 Jabatan Mikroelektronik (Kelas Keisei dan Tobu) telah menghadiri lawatan industri ke CEDEC di Bayan Lepas Pulau Pinang. Lawatan ini disambut oleh Pengarah CEDEC,  Prof Madya Dr. Asrulnizam Abd  Manaf dan beberapa kakitangan lain daripada bahagian pengurusan CEDEC. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memahami proses-proses ilmu pembuatan semikonductor yang dilakukan di CEDEC, mengeksplorasi peluang laluan kerjaya, dan mendalami program latihan industri yang disediakan bagi para pelajar. CEDEC yang merujuk kepada Center of Excellence for Design & Engineering of Chips, ditubuhkan dengan matlamat utama untuk menjadi pusat keunggulan dalam reka bentuk dan kejuruteraan cip mikroelektronik yang bertujuan untuk menggerakkan inovasi, penyelidikan, dan perkembangan teknologi di dalam industri semikonduktor. Lawatan ini bermula dengan perkongsian ilmu daripada pengarah CEDEC yang menerangkan peringkat awal semikonduktor termasuk proses rekabentuk IC ,fabrikasi, pengenalan kepada peralatan dan mesin setiap proses pembuatan serta aplikasi software yang digunakan. Selain itu, turut dikongsi tentang teknologi terkini berkaitan semikonduktor yang digunakan di industri. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman sebelum menempuh dunia industri mikroelektronik sebenar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak CEDEC atas layanan dan penerangan yang sangat bermanfaat. Semoga kerjasama ini terus berkembang untuk kebaikan masa depan industri mikroelektronik di Malaysia.

by Shafini sensei

No comments:

Post a Comment