Wednesday, December 13, 2023

Lawatan Sambil Belajar Di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

 










1. Nama aktiviti:  Lawatan Sambil Belajar Di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

2. Tarikh: 5 Disember 2023 -  (Selasa-9pg hingga 2ptg)

3. Tempat: UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKM dan 20 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 20 orang pelajar dari semester 5 Jabatan Mikroelektronik (Kelas Keisei dan Tobu) telah menghadiri lawatan sambil belajar di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI) di Kulim, Kedah. Lawatan ini disambut oleh Ts.Dr Muhammad Al’Hapis, Deputy Dean Student Development and Campus Lifestyle dan beberapa kakitangan lain daripada bahagian pengurusan UNIKL-MSI. Objektif lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pengajian para pelajar dalam bidang mikroelektronik, menjelajahi laluan kerjaya, dan mendapatkan pendedahan teknologi terkini melalui lawatan ke makmal dan fasiliti di UNIKL- MSI. UNIKL-MSI merupakan satu institusi Pendidikan tinggi di bawah naungan MARA di mana institusi ini menawarkan pelbagai program Sarjana Muda termasuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik. Kami diberi penerangan tentang syarat kemasukan serta laluan kerjaya di mana institusi ini juga mempunyai kolaborasi bersama industri yang berdekatan untuk peluang pekerjaan para pelajarnya. Selain itu, kami dibawa untuk melawat kemudahan fasiliti yang ada di institusi ini serta lawatan makmal bagi tujuan pendedahan teknologi terkini dalam proses pembuatan mikroelektronik, jenis peralatan dan perisian yang digunakan di UNIKL-MSI. Semoga dengan maklumat yang diberikan, para pelajar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk menyambung pengajian dan seterusnya laluan kerjaya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UNIKL-MSI atas layanan dan perkongsian maklumat yang diberikan. Semoga Kerjasama ini akan terus berkembang untuk manfaat bersama.

by Shafini sensei

No comments:

Post a Comment