Saturday, November 18, 2023

MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023 - JD 2023

 









1. Nama program: MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023

2. Tarikh : 1 November 2023 (Rabu)

3. Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

4. Tempat : Dewan Hyogo

5. Penganjur : JK Penerbitan & JKPTA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

6. Keterangan Program:


MJII Innovation Project Expo (MIPE) merupakan satu pertandingan inovasi yang menekankan FYP-Based Innovation Competition yang menyasarkan penyertaan daripada pelajar-pelajar Semester 5 . MIPE siri 2 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 1 November lalu dan telah memperkenalkan 30 projek yang kreatif dan menarik. MIPE juga merupakan satu platform bagi pelajar mempamerkan serta memperkenalkan ciptaan inovasi atau idea-idea baharu kepada umum. 


Terdapat 15 projek yang memenangi pingat Emas, Perak dan Gangsa. Selain itu terdapat 3 projek yang memenangi 3 anugerah utama iaitu:


Best Innovation Award :

Muhammad Hazeem bin Mohd Nazri: RA2319- PRICE INDICATOR FRID TROLLEY USING ARDUINO MEGA 2560 PRO MINI WITH LCD

Best Video Award:

Khuzair Al-Hakim bin Abdullah: MA2313- BOOKING SYSTEM FOR LIBRARY’S ROOM FACILITIES USING ESP8266 VIA PHP AND MYSQL WITH RFID KEY

Director’s Choice Award:

Mohamad Naqiuddin bin Yusrizan: EA2304- FLASH FLOOD MONITOR AND ALERT SYSTEM USING ESP32 CAM WITH WIFI BUILD IN AND WATERPROOF ULTRASONIC SENSOR


Terdapat 3 panel industri luar dan 3 panel dalaman IPMa yang dilantik khas mengadili pertandingan ini. Program ini mendapat respon yang positif daripada pengadil dan disarankan ianya perlu diteruskan. Semoga MIPE dapat memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar sekaligus memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi yang lebih tinggi.

by Juliana sensei

No comments:

Post a Comment