Friday, November 17, 2023

PERKONGSIAN PAKAR INDUSTRI (PKI) SEMPENA VI-TALKFEST & PROJECTS EVALUATION (VI-TPE) BAGI JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)

 









1. Nama program: PERKONGSIAN PAKAR INDUSTRI (PKI) SEMPENA VI-TALKFEST & PROJECTS EVALUATION (VI-TPE) BAGI JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)


2. Tarikh : 8 November 2023


3. Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang


4. Tempat : Makmal Measurement & Control


5. Penganjur : JABATAN PENGUKURAN ELEKTRONIK DAN KAWALAN (DKC)


6. Keterangan Program :

Perkongsian Pakar Industri merupakan platform perkongsian ilmu di antara pihak industri atau individu yang diiktiraf dengan pengajar dan pelajar.Pada tahun ini slot Perkongsian Pakar Industri (PKI) bagi Program Diploma Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) yang dirancang adalah melibatkan Pakar Industri iaitu Puan Nurul Izati bt Mohd Zaki  yang merupakan CEO, Visinergy Sdn Bhd


Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada tenaga pengajar dan pelajar DKC bagi memenuhi keperluan kursus berkaitan Virtual Instrument & Data Acqusition System terhadap perkembangan teknologi terkini (system integration) yang menggunakan perisian LabVIEW. Selain itu, Pn Nurul Izati juga dilantik sebagai panel dari industri untuk pembentangan Mini Project bagi subjek Data Acquisition System dan Virtual Instrument System.


Dalam masa yang sama, pihak DKC juga sangat berbesar hati menerima kehadiran Hj Mohd Shazlan bin Mohd Anwar ,Managing Director Virtual Instrument & System Innovation Sdn Bhd selaku Panel Penasihat Industri yang turut hadir ke program ini bagi memberi semangat dan nasihat kepada pelajar semester 3 dan 4 selain melihat sendiri hasil Mini Project pelajar yang berkaitan dengan LabVIEW.

by Wan Akmar sensei

No comments:

Post a Comment