Thursday, October 15, 2026

TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENEROKA PENGEMBANGAN DOKTOR GADGET BERSAMA PERNAS

 





SELANGKAH KE HADAPAN: TEKNOUSAHAWAN TVETMARA MJII MENEROKA PENGEMBANGAN DOKTOR GADGET BERSAMA PERNAS


Tarikh: 13 Oktober 2026

Masa: 2.00 petang

Tempat: Doktor Gadget Beranang


Penglibatan:


Encik Muhammad Faiz Ridzuan Bin Mohamad  — Usahawan Doktor Gadget, peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII.

Encik Muhamad Imran Aliff Muzafar Shah — Eksekutif Kanan, Seksyen Pembangunan Francais, Jabatan Pembangunan dan Perkhidmatan Francais, Pernas.


Sinopsis / Ringkasan Aktiviti:


Pertemuan antara Encik Faiz, usahawan Doktor Gadget yang merupakan peserta inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII, bersama pihak Pernas telah diadakan bagi membincangkan hasrat untuk mengembangkan perniagaan melalui penambahan cawangan baharu serta meneroka peluang usaha sama.


Perbincangan memberi tumpuan kepada hala tuju pengembangan Doktor Gadget dan potensi pembangunan perniagaan melalui pendekatan francais. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi inkubator Teknousahawan TVETMARA MJII dalam menyokong pembangunan usahawan berasaskan kemahiran teknikal agar mampu mengurus dan mengembangkan perniagaan secara lebih tersusun serta berdaya saing.


Usaha ini turut mendukung hasrat Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk menjadikan MJII sebagai pusat pendidikan TVET yang melahirkan modal insan bertaraf dunia. Pembangunan teknousahawan melalui program inkubator dan jalinan kerjasama industri menjadi antara usaha ke arah melahirkan usahawan yang kompeten, bersedia memenuhi keperluan industri serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan.


Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama selanjutnya bersama Pernas bagi menyokong aspirasi Doktor Gadget memperluas rangkaian cawangannya, di samping memperkukuh potensi teknousahawan TVETMARA MJII dalam membina perniagaan yang mampan.

bu sensei Azeera

No comments:

Post a Comment