PEMBENTANGAN SILIBUS PROGRAM DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTOR TVETMARA MJII BERSAMA CAWANGAN PENGAJIAN BKT MARA
Tarikh: 8 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ibu Pejabat MARA, Cawangan Pengajian BKT, Kuala Lumpur
Penglibatan:
Wakil TVETMARA MJII:
- Hj. Mohd Nizam bin Ali – Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA)
- Ir. Ahmad Mukhlis bin Mat Daud – Ketua Jabatan Mikroelektronik (DKM)
- En. Ezad Razif bin Ahmat Rozali
- En. Muhammad Yusuf bin Zulkefly
- Pn. Azarina binti Jalaludin
- Pn. Norulhuda binti Hassan
Wakil Cawangan Pengajian BKT MARA:
- Pn. Rosnani binti Mohd Rosdi – Timbalan Pengarah I (Pengajian)
- Ir. Dr. Ghazali bin Harun – Timbalan Pengarah II (Pengajian)
- En. Mohd Firdaus Mohd Noh – Wakil BKT MARA
- En. Hirzi bin Mohd Ishak – Penolong Pengarah BKT
Sinopsis / Keterangan Aktiviti:
TVETMARA MJII telah mengadakan pembentangan silibus Program Diploma Teknousahawan Semikonduktor bersama Cawangan Pengajian, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan kurikulum yang relevan dengan keperluan industri semikonduktor negara.
Pembentangan ini memberi tumpuan kepada struktur kurikulum, kandungan pembelajaran serta pendekatan pelaksanaan program yang mengintegrasikan penguasaan teknologi semikonduktor, kemahiran teknikal dan elemen keusahawanan.
Sesi perbincangan turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan pembangunan kurikulum yang komprehensif, berorientasikan industri serta selaras dengan aspirasi pendidikan TVET MARA.
Program ini dirangka untuk melahirkan teknousahawan semikonduktor Bumiputera yang berkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing, bukan sahaja sebagai tenaga kerja mahir, malah berpotensi menjadi pencipta peluang pekerjaan dan peneraju perniagaan berasaskan teknologi.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen TVETMARA MJII dalam memperkasa pendidikan TVET berteraskan teknologi dan keusahawanan, sekali gus menyokong pembangunan bakat serta memperluas penyertaan Bumiputera dalam ekosistem industri elektronik dan semikonduktor negara.
by sensei Azeera

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment