Sunday, July 27, 2025

Lawatan Muhibbah Koperasi KPM Beranang ke Koperasi MJII

 




1. Nama Aktiviti: Lawatan Muhibbah Koperasi KPM Beranang ke Koperasi MJII

2. Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025

* Masa: 2.30 petang – 5.30 petang

3. Tempat: Bilik Okinawa, MJII

4. Jumlah Delegasi: 6 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KPMB, 6 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KKTMBB

5. Sinopsis Aktiviti:

Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh delegasi seramai enam (6) Ahli Lembaga Koperasi dari KPM Beranang ke Koperasi KKTMBB pada 24 Julai 2025. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta berkongsi pandangan berkaitan pengurusan dan pembangunan perniagaan koperasi, khususnya berkenaan operasi perniagaan Kaori Dobi di bawah pengurusan Koperasi KKTMBB di MJII.


Sepanjang sesi lawatan, kedua-dua pihak telah berpeluang untuk bertukar pandangan dan amalan terbaik dalam usaha memperkasa koperasi masing-masing. Inisiatif seperti ini diyakini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara koperasi institusi pendidikan dan menyumbang kepada pembangunan koperasi yang lebih dinamik dan berdaya saing.

by LInda sensei

No comments:

Post a Comment